Petua hidup orang-orang berjaya yang membina kekayaan sehingga 7 angka. Sudah tentu mentaliti kehidupan yang di amalkan orang berjaya tidak sama dengan orang biasa.
“Kau boleh la, kau anak orang kaya,” kata-kata yang sering dilontarkan oleh kawan-kawan mentaliti orang biasa. Realitinya, bukan semua anak orang kaya yang kekal berjaya malah downgrade.
“Kalau mahu kaya, mesti ada kabel,” kata mereka. Sedangkan menurut kajian, 90% daripada orang kaya di dunia adalah self-made millionaires.
Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah telah mengumpulkan petua hidup orang berjaya dalam buku tulisannya. Ternyata mentaliti orang berjaya tidak sama dengan orang biasa-biasa.

Petua Hidup Senja
Kebanyakan orang merasa bahawa dirinya telah gagal dalam hidup setelah mencapai usia belia atau senja. Jangan fikir begitu.
Sebenarnya, kita bukanlah gagal dalam hidup, cuma belum berjaya. Allah menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang-orang yang ingin berjaya.
Kenalkah anda Kolonel Sanders? Beliau adalah orang yang mencipta resepi Kentucky Fried Chicken (KFC). Kolonel Sanders bersara di usia 65 tahun dan tidak berpuas hati dengan duit pencennya.
BACA LAGI: Kereta Mewah Lambang Kekayaan, Atau Lambang Hutang?
Namun, beliau tidak menyalahkan orang lain. Lalu, beliau memutuskan untuk mencadangkan resipi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, beliau ditolak mentah-mentah.
Kolonal Sanders tidak berputus asa. Baginya, dia tidak gagal, cuma belum berjaya. Beliau terus mencuba sehingga orang ke-1,000, namun masih ditolak.
Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke-1009 dan diterima. Setelah 9 tahun kemudian, setelah perniagaannya maju, Kolonels Sanders menjual perniagaannya dengan harga USD 2 juta. Kini, KFC berada di serata dunia.
Adakah beliau akan berjaya, jika beliau merasa dirinya gagal pada usia 65 tahun? Jadi, kenapa kita yang merasa gagal di usia masih muda?
Jangan Salahkan Takdir
Tidak ada petua yang lebih baik jika ingin perubahan dalam hidup selain kita sendiri yang mengubahnya. Jika kita ingin berjaya, maka kita sendiri yang mesti “menjayakan” diri sendiri.
Jangan salahkan keadaan, buatlah perubahan. Napoleon, bertubuh kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci saja. Yang sering dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera kerana paras tubuhnya.
BACA LAGI: Amalan & Cara Berfikir Yang Jadikan Anda Tidak Kaya. Elak Cepat!
Napoleon berasal dari Pulau Corsica, iaitu pulau yang tidak dipandang penting bagi orang-orang Perancis. Namun, beliau tidak menyalahkan takdir. Malah, berazam belajar ilmu ketenteraan bersungguh-sungguh.
Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis yang berjaya menakluki berkeluasan tiga suku benua Eropah. Jika beliau menyalahkan keadaan, adakah beliau berjaya menjadi Maharaja?
Berfikir Seperti Juara
Jika dulu sebelum merdeka, bangsa Melayu tidak yakin dengan diri sendiri sehingga tidak mampu membuat hanya sebatang jarum.
Kini, bukan setakat jarum, bahkan satelit pun sudah ada yang menjadi milik negara. Apa rahsianya?
Ada satu petua hebat daripada Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri Malaysia), beliau percaya bangsa Melayu boleh berjaya apabila mereka percaya mereka boleh berjaya.
BACA LAGI: Tabiat Orang Kaya Ketika Terima Gaji. “The Five Laws Of Gold”
Beliau sering kali menyebut satu kata-kata yang cukup bermakna, “Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal.”
Atas sebab mentaliti “Kita boleh” ditanamkan dalam minda masyarakat Malaysia. Maka, terhasillah kereta buatan negara jenama Proton Saga, Putrajaya, Cyberjaya, Malaysia Airline, AirAsia dan sebagainya.
Albert Einstein memberi pendapat bahawa “Imiginasi lebih penting daripada daripada pengetahuan.” Menunjukkan kehebatan kuasa imiginasi dalam mencapai kejayaan.
Fikirkan boleh, maka kita boleh melakukan. Jika ragu-ragu, hasilnya tidak menentu.
Perlu Bantuan Simpan Emas Modal RM100?
FREE Daftar>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 Ogos 2025

