Bakal Haji, Cara Kumpul Dana Dengan Pantas

Bakal haji semestinya perlu membuat persediaan terlebih dahulu, khususnya dari sudut kewangan. Memandangkan kos menunaikan haji atau umrah yang semakin mahal.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kos haji terbaru bagi tahun 2025. Sungguhpun menerusi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar, kosnya masih lebih tinggi berbanding dulu.

bakal haji

Bakal jemaah haji kumpulan B40 setelah termasuk bantuan kerajaan. Menjadikan bayaran haji berjumlah RM15,000 bagi seorang jemaah.

Manakala, bakal jemaah haji bagi kumpulan M40 pula, setelah termasuk bantuan kerajaan. Menjadikan bayaran haji berjumlah RM23,500 bagi seorang jemaah.

Bagi bakal jemaah haji kumpulan T20 yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan, tidak mendapat bantuan kerajaan. Individu perlu membayar kos penuh haji berjumlah RM33,300 seorang.

Bagi bakal jemaah haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji. Mereka yang terpilih perlu membayar kos penuh haji sebanyak RM33,000 seorang.

Apa Bakal Haji Perlu Buat?

Pertama sekali, bakal jemaah haji mestilah mempunyai niat untuk menunaikan haji. Tanpa niat, mungkin kita tidak rela atau tidak berusaha untuk pergi ke Mekah. Apatah lagi untuk mengumpul dana haji.

Kedua, buka Akaun Tabung Haji dan daftar haji. Kos untuk membuka akaun TH minimum RM2 saja. Untuk mendaftar haji, hendaklah mempunyai simpanan dalam akaun TH minima RM1,300.

Ketiga, mula kumpul 16 dinar emas Public Gold. Kumpul emas jauh lebih cepat berbanding kumpul duit untuk menunaikan haji. Dibantu oleh kenaikan harga emas setiap tahun. Membolehkan dana dikumpul dengan pantas.

Testimoni Jemaah Haji

Ramai jemaah haji yang telah berjaya mengumpul dana haji dengan cepat setelah mula menyimpan emas.

Apabila telah sampai giliran menunaikan haji, emas atau dinar simpanan mereka dijual semula untuk mendapatkan duit tunai.

Duit tunai tersebut digunakan untuk membayar kos haji dan perbelanjaan harian ketika berada di bumi Mekah.

Puan Nurizaty Muhamad Nor menghadiahkan ibunya dengan menunaikan haji bersama-sama. Hasil menyimpan emas secara konsisten setiap bulan. (Kisah penuh, sila scan barcode pada gambar).

Ustaz Syahrul Azlan menabung emas sebanyak 180 gram untuk menampung kos haji. Namun, dengan kenaikan harga emas, beliau hanya perlu membelanjakan 100 gram emas dan sudah mencukupi.

Walaupun kos menunaikan haji dijangka naik di masa depan. Dengan kenaikan harga emas yang lebih tinggi, kos haji yang naik malah terasa murah.

Puan Munirah Jamaluddin pada asalnya sukar untuk menabung duit. Asbab mula menyimpan emas selama 10 bulan, beliau berjaya menunaikan umrah di Mekah.

bakal haji

Dr Ahmad Luqman Bukhari gadai emas untuk menunaikan umrah di tanah suci. Disebabkan perasaan sayangnya terhadap emas simpanannya, maka beliau tidak menjual semula emas tersebut.

Beliau hanya gadai emas di Ar-rahnu saja. Setelah pulang dari menunaikan umrah, beliau tebus semula emas yang digadainya. #TestimoniPenyimpanEmas

Kesimpulannya, ramai jemaah berjaya ke tanah suci menunaikan haji/umrah dengan asbab menyimpan emas. Menyimpan emas sangat membantu mengumpul dana dengan cepat.

Bagaimana pula dengan anda? Semoga anda menjadi jemaah haji/umrah yang seterusnya. Inshaallah.

Perlu Bimbingan Kumpul Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Jun 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments