Paper gold merujuk kepada produk pelaburan emas yang tidak semestinya bersandarkan emas fizikal sebenar. Contohnya, gold certificates, gold account, atau ETF (exchanged traded fund).
ETF merujuk kepada GLD yang dipercayai pelaburan emas. Namun sebenarnya, ia adalah share of stock yang dianggap sebagai emas.
Ia sekadar ’emas kertas’ yang harganya mengikut turun naik harga pasaran emas dunia. Namun, ia hanya sekeping kertas yang boleh dicetak dengan banyak tanpa had.
Di Malaysia, produk paper gold boleh didapati melalui bank-bank. Kini, kebanyakan bank-bank di Malaysia menawarkan produk akaun emas. Yang sebenarnya, tidak mempunyai emas fizikal.
Produk akaun emas tersebut tidak mengandungi emas fizikal. Hanya mengandungi duit tunai seperti akaun simpanan bank yang biasa.
Dividen yang ditawarkan mungkin lebih tinggi sedikit. Namun, masih rendah berbanding keuntungan pasaran emas yang sebenar. Maklumlah, ia bukan emas fizikal yang sebenar, ia hanya paper gold.
BACA LAGI: Bitcoin Atau Emas, Duit Masa Depan?
Digital gold atau emas elektronik pula merujuk kepada emas yang hanya terdapat di alam maya. Ia tidak boleh dikeluarkan daripada skrin komputer.
Emas digital boleh dicipta dalam komputer tanpa had. Namun, ia masih mengikut pergerakan turun naik pasaran harga emas semasa. Bermaksud, keuntungan pelaburan berkonsepkan ‘buy low sell high‘.
Emas digital yang dicipta dalam alam maya tidak semestinya bersandarkan emas fizikal yang sebenar. Maka, ia boleh dibeli dengan murah serendah RM10 saja. Sebab, ia bukan emas sebenar.
Pendapat Pakar Tentang Paper Gold
Pakar kewangan, ekonomi dan pelaburan bank, James Rickards membuat kesimpulan mudah tentang pelaburan emas dalam bukunya bertajuk The New Case For Gold.
Katanya, sebagai pelabur abad ke-21, beliau tidak mahu semua aset kekayaannya dalam bentuk digital. Beliau mahu sebahagian aset kekayaannya dalam bentuk emas fizikal.
Sebabnya, emas fizikal tidak boleh di hacked, atau digitally delete atau memadamkan emas dalam sistem komputer, dan tidak boleh diserang oleh virus komputer. Sebab ia adalah emas fizikal!
BACA LAGI: Digital VS Emas Fizikal, Mana Lebih Berbaloi?
Sambungnya, dengan krisis yang melanda sistem matawang antarabangsa hari ini melalui perang dagang, perang cyberfinancial, perang matawang, emas kekal tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat.
Paper gold pula sangat mudah dimanipulasi melalui leasing, hedge funds, dan unallocated gold forwards. Pihak berkuasa menggunakan teknik tersebut untuk menjana keuntungan maksima melalui manipulasi.
Katanya lagi, emas fizikal masih kekal berdaya tahan tinggi dalam apa-apa krisis telah terbukti dari semasa ke semasa.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Fizikal Serendah RM100?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Mei 2025

