Central Bank Buang Dolar, Tambah Emas

Central bank telah bertindak menggantikan rizab Dollar Amerika dengan emas. Ia disebabkan oleh nilai dollar yang semakin lemah dan menurun. Manakala harga emas semakin meningkat.

Menurut billionaire John A.Paulson (Paulson & Co), “terdapat peningkatan ketara dalam permintaan daripada bank pusat untuk menggantikan dolar dengan emas, dan ini hanya permulaan.”

There has been a significant increase in demand from central banks to replace dollars with gold, and we’re just at the beginning of that trend. Gold will go up and the dollar will go down, so you’d be better off keeping your investment reserves in gold at this point,”

Billionaire John A. Paulson

Tambah beliau, “emas akan naik dan dolar akan turun, jadi lebih baik anda menyimpan rizab pelaburan anda kepada emas pada ketika ini.”

BACA Rekomendasi: Bank Negara Naikkan Kadar Faedah, Sebabnya?

Dengan emas, beliau melihat potensi peningkatan dan mengesyorkannya sebagai pelaburan jangka masa panjang berbanding matawang.

Other countries do not want to rely on the dollar as much as they have in the past, and the U.S. also has an enormous deficit with the rest of the world in terms of trade and investment balances that used to be very positive, but now it’s very negative.”

Billionaire John A. Paulson

Paulson menekankan trend de-dollarisasi berpunca daripada kebimbangan terhadap kadar inflasi yang meningkat dan ketegangan geopolitik. Faktor ini telah menarik lebih ramai pelabur emas baru.

Dollar masih sangat dominan dari segi rizab dan perdagangan. Tetapi ekonomi Amerika Syarikat (AS) hari ini bukanlah kuasa besar seperti dulu.

“If you had dollars and 9% inflation, this year you lost 9% of your money; interest rates were nowhere close to compensating for that loss. That is driving investors and central banks around the world to look for an alternative reserve currency, and gold is rising again,”

Billionaire John A. Paulson

Central Bank Menukar Rizab

Negara-negara lain tidak mahu bergantung pada dollar semata-mata. Disebabkan Amerika Syarikat mengalami defisit negatif yang sangat besar di seluruh dunia. Kata Paulson.

Nilai matawang dollar AS juga semakin menurun berbanding matawang lain. Ia akibat daripada kesan mencetak duit dengan banyak, perbelanjaan fiscal, quantitative easing, dan inflasi.

“We’re at the beginning of trends that are going to increase the demand for gold, and inflation and geopolitical tensions will determine the rate at which gold increases. This year gold will appreciate versus the dollar, and also over a three, five, and ten-year basis,”

Billionaire John A. Paulson

Jika anda mempunyai duit simpanan di bank, dan katakan kadar inflasi sebanyak 9%. Bermaksud anda telah kehilangan duit sebanyak 9% tahun ini. Dividen tidak mampu mengatasi kerugian nilai tersebut.

Inilah sebab yang mendorong central bank dan pelabur mencari alternatif selain matawang sebagai rizab iaitu emas. Maka ia mendorong peningkatan harga emas.

Dengan emas fizikal, tiada risiko inflasi. Malah emas dikatakan sebagai precious metal mempunyai potensi untuk menambah kekayaan kita dalam jangka masa panjang.

Sumber: Kitco.com

Kesan Kepada Kita

Jika central bank sendiri mencari alternatif lain iaitu menjadikan emas fizikal sebagai rizab. Kenapa kita masih kekal menyimpan duit di bank?

Mengapa kita tidak mencari alternatif selain matawang? Padahal kita tahu risiko dan kesan buruk matawang dalam jangka masa panjang.

central bank

BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Adalah lebih bijak jika kita bertindak menukarkan sebahagian duit simpanan kita di bank kepada emas fizikal. Demi kestabilan kewangan kita sendiri. Dalam masa yang sama, ia peluang untuk menambah kekayaan. InshaAllah.

Info Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Februari 2023 

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments