Analisis Harga Emas, Berita Buruk Crypto

Analisis harga emas minggu ini sangat memberangsangkan berbanding di awal tahun lalu (2022). Dalam masa yang sama, berita buruk bagi pelabur crypto apabila ia mengalami kemerosotan mendadak.

Apakah punca harga emas naik mendadak minggu ini? Ada 2 faktor yang menyumbang kepada situasi ini menurut pakar emas.

1- Kegawatan Dunia Crypto

Berita tergempar apabila FTX iaitu crypto exchange yang ke-3 terbesar di dunia telah mengisytiharkan bankrap dan pelabur-pelabur telah mengalami kerugian dijangka mencecah lebih 9.4 billion dolar Amerika (USD).

analisis

Sebelum ini, krypto merupakan aset yang dianggap sebagai pelaburan dan juga simpanan yang lebih menarik berbanding pelaburan tradisional seperti emas dan perak.

“Bitcoin dan Ethereum jatuh 73% dalam masa setahun saja.”

Malangnya situasi telah berubah di mana pelabur-pelabur krypto telah menghadapi situasi yang sangat teruk. Akibat kejatuhan nilai yang berterusan dan mendadak.

Sebagai contoh, (crypto utama) Bitcoin dan Ethereum telah jatuh sebanyak 73% dalam masa setahun saja! Ini merupakan kejatuhan yang sangat teruk dalam sejarah pelaburan.

BACA Rekomendasi: Bitcoin Atau Emas, Duit Masa Depan

Lalu pelabur-pelabur krypto telah bertindak memindahkan aset mereka kepada emas fizikal. Demi menyelamatkan aset mereka daripada kejatuhan yang lebih parah.

Jika dibandingkan dengan kadar kejatuhan nilai emas. Tidak dinafikan harga emas juga jatuh tahun ini. Namun, hanya jatuh 6% setahun (dalam USD). Peratus yang kecil saja! Itupun disebabkan oleh kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika.

2- Data Inflasi Lemah Lonjak Harga Emas

Dalam minggu ini juga, data inflasi yang lemah telah menyebabkan momentum yang positif kepada pasaran harga emas dunia.

analisis

Ia berpunca daripada Federal Reserve Amerika yang memberikan bayangan bahawa kenaikan kadar faedah di masa depan mungkin akan menjadi perlahan.

“USD Jatuh, Harga Emas Naik

Maka, ia telah menyebabkan pasaran saham dan emas/perak meningkat naik disebabkan situasi ini. Apabila kadar faedah rendah, maka harga emas/perak akan naik. Begitu juga sebaliknya.

BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Dalam kata lain, apabila dolar Amerika jatuh maka harga emas melonjak naik. Iaitu, nilai USD berkadar songsang dengan harga emas. Sangat sesuai sebagai pelindung kejatuhan nilai matawang termasuk ringgit.

Kesimpulan Analisis

Jadi, punca utama yang mendorong kenaikan harga emas dunia ialah kejatuhan pasaran krypto yang menyebabkan pelabur-pelabur melarikan diri dan berpindah kepada emas/perak sebagai pelindung kekayaan mereka. Ini kerana emas/perak sangat sinonim sebagai aset safe-haven.

Sepertimana yang diketahui, secara tradisionalnya kadar inflasi matawang juga penyebab kenaikan harga emas/perak. Faktor ini merupakan asas kenaikan harga emas sejak tahun 1971 lagi. Ia bukan perkara baru!

Di sini juga kita faham bahawa aset yang paling selamat ialah aset fizikal seperti emas/perak. Iaitu aset yang boleh dilihat, boleh dipegang dan disimpan. Berbanding aset-aset kewangan yang bersifat maya.

Info Emas Terkini PERCUMA! Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 November 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments