akaun emas gap public gold

KELUARKAN EMAS DARI AKAUN GAP | Caranya

Cara keluarkan emas dari Akaun Emas GAP sangat mudah! Bagi anda yang sudah ada Akaun Emas GAP/SAP, anda boleh buat pengeluaran emas/perak fizikal di mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh buat pilihan sama ada ingin mengeluarkan Goldbar (Jongkong) atau Dinar (Syiling Emas) bagi Akaun Emas GAP.

Withdraw emas gap

Minimum pengeluaran ialah goldbar 1 gram. Anda juga boleh keluarkan emas besar seperti 5 gram, 10gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram.

keluarkan emas gap

Anda boleh pilih design Goldbar kegemaran anda seperti BungaMas dan Tai Fook.

keluarkan gap

Dinar ada 3 pilihan saiz. Anda boleh keluarkan 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

silver publicgold

Bagi Akaun Silver SAP, anda boleh keluarkan perak fizikal minimum 100 gram, 250 gram, 500 gram, 1 Kilogram, dan 5 Kilogram.

Tips Bonus Buat Anda!!

  1. Pengeluaran emas/perak fizikal boleh di buat di mana- mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia dan Jakarta, Indonesia.
  2. Anda boleh pilih buat pengeluaran emas serendah 1 gram.
  3. Anda boleh ambil semua emas dari Akaun GAP (tertakluk kepada baki minima 1 gram)
  4. Baki 1 gram itu boleh dikeluarkan apabila anda berhasrat menutup terus Akaun GAP anda.
  5. Pengeluaran emas fizikal di kenakan Gold Premium (mengikut jenis emas yang anda keluarkan)
  6. Pemilik Akaun GAP/pentadbir Akaun GAP Junior perlu mengambil sendiri emas fizikal di cawangan Public Gold. Wakil tidak dibenarkan.

Tips Jimat Gold Premium!!

Public Gold mengenakan kos premium yang murah untuk pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP. Gold premium adalah kos minting dan shipping.

Contoh situasi…

Anda membeli 1 gram emas setiap bulan melalui GAP. Maka, pada hujung tahun, jumlah emas GAP anda adalah 12 gram.

Anda boleh mengeluarkan 11 gram emas fizikal daripada akaun GAP anda (Baki 1 gram perlu di simpan supaya akaun kekal aktif)

Anda mempunyai beberapa pilihan. Contohnya pengeluaran

  • 10 gram goldbar x 1 keping dan 1 gram goldbar x 1 keping
  • 1 gram goldbar x 11 keping
  • 5 gram goldbar x 2 keping dan 1 gram goldbar x 1 keping

Apakah perbezaan jika mengeluarkan jongkong-jongkong emas seperti di atas? Jawapannya ialah kos Gold Premium.

Berapa kos Gold Premium yang perlu anda bayar?

Ia bergantung kepada jenis emas yang dikeluarkan.

  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM15 x 10 = RM150
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM15 x 2 = RM30
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM30 x 1 = RM30

Nota :  Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran di buat di Sabah, Sarawak (East Malaysia)

Lebih berat emas lebih jimat premium!

Tips jimat premium
publicgold premium
Jadual Gold Premium bagi memudahkan anda berjimat

Langkah keluarkan emas/perak fizikal dari Akaun GAP/SAP

1 – Anda cuma perlu buat Appointment. Klik link ini Book an Appointment

temu janji public gold
2 – Pilih cawangan Public Gold yang anda mahu pilih.
3 – Pilih Withdraw GAP (Digalakan call branch yang anda pilih jika anda mahu spesifik stok)

4 – Apabila anda datang ke branch nanti, pastikan anda membawa IC dan membayar kos Premium. Tahniah! anda berjaya dapatkan emas/perak fizikal anda. Selesai!

Jika anda belum ada Akaun Emas GAP atau Akaun Silver SAP, sila whtapps/call saya. Saya akan uruskan semuanya buat anda!

  • Mohd Ekram Marfuadi
  • Authorised Dealer Public Gold
  • Kod Dealer : PG0055934
  • 011-1633-6896

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] anda berminat untuk melihat hasil simpanan emas ini, anda boleh keluarkan emas fizikal daripada Akaun Emas GAP anda dan simpan […]

trackback

[…] Apabila anda mahu keluarkan jongkong perak dari Akaun SAP nanti, anda boleh baca langkah-langkahnya di sini > Cara Keluarkan Perak Fizikal Akaun SAP […]

trackback

[…] Cara Keluarkan Emas Dari Akaun Emas GAP […]

trackback

[…] Baca: Cara Keluarkan Emas/Perak Dari Akaun GAP/SAP […]