Gaji RM 6,000, adakah sesuai untuk beli dan bela kereta kontinental? Mungkin mampu beli, tapi adakah ia berbaloi?
Soalan seorang wanita menjadi tular apabila bertanya, “Kalau gaji saya cecah RM6,000, patut saya ambil BMW 3 series atau A-Class?”
Mungkin saudari ini terpedaya dengan salesman kereta di TikTok. Sehingga dia begitu yakin bahawa gaji RM 6,000 sudah mampu beli kereta kontinental.
Sebaiknya, kita menasihati kepada yang tidak tahu tentang kewangan. Bukannya, mengecam mereka kerana tidak tahu.
Kereta Konti Perlu Deposit 10-30%
Jika harga kereta BMW 3 series sekitar RM292,000 (tidak termasuk insuran), kita perlu membayar deposit sekurang-kurangnya 10%. Iaitu sekitar RM29,200.
Anggaran bayaran bulanan loan sekitar RM3,731 sebulan bagi tempoh 7 tahun pinjaman. Jika gaji RM6,000, maka lebih daripada separuh daripada gaji tersebut hanya untuk membayar hutang kereta setiap bulan.
Selain kereta, banyak keperluan lain yang perlu dibayar. Contohnya, sewa rumah, bil elektrik atau internet, makan minum, dan lain-lain.
Kos Insuran & Selenggara Tinggi
Berkereta bukan saja perlu petrol atau diesel. Kita juga perlu membayar kos insuran sekitar RM8,400 setahun. Dan cukai jalan bergantung pada kuasa enjin kereta tersebut.
Kita juga perlu ada simpanan duit untuk kos penyelenggaraan. Contohnya seperti kos servis, tayar, baik pulih dan lain-lain. Sudah tentu tidak murah, kereta kontinental katakan.
BACA LAGI: Kereta, Kos Tersembunyi Wajib Tahu

Cara Ukur Kemampuan Beli Kereta
Sebaiknya, kita mesti tahu kereta apa yang mampu dibeli dengan gaji RM 6,000. Tujuannya supaya kita tidak sesak wang setiap bulan. Tempoh hutang kereta panjang, 7 tahun kan.
- Harga Kereta Setahun Gaji
Jika gaji RM 6,000 sebulan, darab dengan 12 bulan. Bersamaan dengan RM72,000, jumlah gaji setahun. Pilih kereta yang harganya tidak lebih daripada RM72,000.
2. Ansuran Bulanan Kurang 15%
Pastikan bayaran ansuran bulanan loan tidak lebih dari 15% daripada gaji bulanan. Jika gaji RM6,000, pastikan monthly loan installment tidak melebihi RM900 sebulan.
Jika kita guna pakai kedua-dua formula di atas, kereta yang paling mampu bagi gaji RM6,000 ialah Perodua Ativa.
BACA LAGI: Kereta Mewah Lambang Kekayaan, Atau Lambang Hutang?
Kereta hanyalah kenderaan yang membawa kita dari point A ke point B. Kita tidak sepatutnya menghabiskan separuh gaji hanya untuk perbelanjaan kereta.
Kereta bukanlah aset yang meningkat nilainya seperti emas. Kereta hanyalah liabiliti yang susut nilai setiap tahun.
Menurut pakar, harga kereta akan susut nilai sekitar 30% sebaik saja keluar dari showroom. Dan akan susut lagi nilainya setiap tahun. Walhal, loan kereta belum habis dibayar.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 September 2025

