Emas catat kenaikan tertinggi tahun ini iaitu sebanyak 38% setakat September 2025. Ini merupakan rekod terbaik dan berita gembira buat pelabur emas.
Sejak beberapa bulan yang lalu, harga emas sekadar beredar di paras RM501-RM510 bagi segram.
Baru-baru ini telah memecahkan rekod kepada RM524 segram. Lalu, terus mendaki jauh ke paras RM536 segram dalam tempoh beberapa hari saja. Ini merupakan situasi luar biasa!
Biasanya, harga emas meningkat sedikit demi sedikit setiap hari. Tiba-tiba, dalam tempoh beberapa hari saja, harga emas naik tinggi tanpa henti. Apakah yang berlaku?
BACA LAGI: Negara BRICS Berlumba-Lumba Kumpul Rizab Emas. Apa Sebab?
Menurut pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, menerangkan situasi disebalik kenaikan harga emas yang mendadak ini.
Beliau menerangkan analisis harga emas sejurus selepas berita NFP (Non Farm Payroll) keluar pada pukul 8.30pm bertarikh 5 September 2025.
NFP merujuk kepada laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Ogos 2025. Yang mana, telah mencetus kenaikan harga emas yang mendadak.
Data tersebut menunjukkan pertambahan pekerjaan jauh lebih rendah daripada jangkaan awal. Pertambahan yang dijangka sebanyak 75,000. Tetapi, hanya 22,000 pekerjaan dilaporkan.
Terdapat 2 faktor disebalik lonjakan harga emas tersebut:-
1- Data pekerjaan yang mengecewakan.
Laporan terbaru Biro Statistik Buruh A.S mendedahkan hanya 22,000 pekerjaan baharu dicipta pada bulan Ogos 2025.
Angka ini jauh lebih rendah berbanding jangkaan pakar ekonomi iaitu sebanyak 75,000. Malah, kadar pengangguran juga naik kepada 4.3%.
Jelas menunjukkan bahawa pasaran buruh sedang perlahan. Apabila ekonomi lemah, pelabur akan beralih kepada aset selamat seperti emas sebagai pelindung kekayaan mereka.
2- Harapan pemotongan kadar faedah oleh US Feb.
Data pekerjaan yang lembab meningkatkan keyakinan bahawa Feds akan memotong kadar faedah dalam mesyuarat terdekat.
BACA LAGI: Amerika Syarikat Kawal Harga Emas Dunia?
Potongan kadar faedah ini akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga emas atas faktor berikut:
a) Ia akan melemahkan dolar AS. Maka, emas jadi lebih murah bagi pembeli luar negara.
b) Mengurangkan hasil bon. Maka, kos menyimpan emas semakin rendah kerana emas tidak menawarkan faedah.
c) Psikologi emas sebagai aset selamat.
Laporan ini menandakan ekonomi AS semakin rapuh. Reaksi segera menyebabkan pelabur keluar dari saham dan aset berisiko. Lalu, berpindah kepada aset safe-haven seperti emas fizikal.
Sejarah telah membuktikan emas sering naik nilainya ketika pasaran menjangkakan pertumbuhan perlahan dan polisi kewangan yang lebih longgar.
Menariknya, harga emas melonjak hampir serta-merta setelah data tersebut diumumkan.
BACA LAGI: Matawang BRICS Guna Emas Sebagai Sandaran, Tolak Dolar?
Kesimpulannya, kombinasi data pekerjaan yang lemah, jangkaan potongan kadar faedah, dan dolar yang semakin lemah, serta permintaan safe-haven telah mencetuskan lonjakan harga emas.
Kombinasi ke-empat-empat faktor tersebut telah menyebabkan emas catat paras tertingggi dalam masa yang singkat.
Perlu Bimbingan Melabur Emas Serendah RM100?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 September 2025

