Rich Dad Kiyosaki, Amaran Ekonomi Twitter

Rich Dad Poor Dad, buku kewangan No.1 Best seller di Amazon (2022) yang ditulis oleh Robert Kiyosaki memberi saranan keras supaya mula menyimpan jongkong perak (silver) sebagai persediaan menghadapi kegawatan ekonomi.

TheRealkiyosaki menyatakan di Twitter bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli dan menyimpan silver. Beliau meramalkan bahawa dolar Amerika akan mengalami keruntuhan akibat inflasi tinggi yang tidak mampu dikawal lagi.

rich dad

Emas dan perak, kedua-duanya telah dijual sejak beberapa bulan lalu berdasarkan spekulasi pelabur yang menjangka bahawa Federal Reserve (Fed) akan menang melawan inflasi.

Tetapi Bank of England telah menyerah kepada inflasi dan mengambil langkah demi menyelamatkan sistem wang percen. kemungkinan besar, Federal Reserve juga mengikut jejak langkah Bank of England.

Raih Untung Ketika Dolar Runtuh – Rich Dad

Kiyosaki menyarankan supaya kita mengambil kesempatan untuk menambah kekayaan ketika keruntuhan dolar Amerika di Twitternya. Beliau menegaskan untuk mula membeli dan menyimpan jongkong silver.

Sebagaimana perkongsian di Twitternya, sekarang ialah masa paling tepat untuk membeli emas dan silver. Apabila Fed bertindak menaikan kadar faedah, dolar akan bertambah kuat dan emas, perak dan bitcoin akan turun harga. Ini adalah peluang untuk borong emas dan perak pada harga rendah!

Apabila Fed merendahkan kadar faedah, matawang akan jatuh nilai. Dalam masa yang sama, harga emas dan perak akan meningkat. Ketika itu, penyimpan wang akan menangis manakala penyimpan emas dan perak akan tersenyum lebar.

Silver bukan sekadar menguntungkan malah pelindung daripada krisis kewangan yang semakin lemah. Sejak Covid-19 melanda, ekonomi seluruh dunia mengalami huru-hara. Di mana, segala aset kewangan termasuk aset komoditi seperti minyak mentah jatuh teruk.

Hanya emas dan perak saja berprestasi baik. Menurut Kiyosaki, silver telah meningkat 5 kali ganda daripada $100 kepada $500. “Get some. Protect yourself.”

BACA Rekomendasi: Silver, Potensi Mengatasi Emas

rich dad

Beliau juga menyatakan bahawa sekarang adalah peluang terbaik untuk menambah kekayaan dengan mengumpul silver sebagai pelaburan. Sementara harga silver masih murah dan mampu milik bagi setiap lapisan masyarakat.

Di jangka aset-aset kewangan seperti stock, bond, mutual fund, ETF dan hartanah akan mengalami keruntuhan. Dalam masa yang sama, silver di jangka meningkat!

rich dad

Kiyosaki menegaskan bahawa silver merupakan pelaburan yang mampu milik bagi setiap lapisan masyarakat. Peluang besar bagi golongan miskin untuk menjadi kaya!

Why [do] I suggest ‘buy silver.’ For $25 bucks, everyone can buy a silver coin. Don’t take my word for it. Study. Become rich. Don’t be a fool.”

Robert Kiyosaki (Penulis Rich Dad)

Semasa bual bicara dengan Kitco News, penulis buku best-seller Rich Dad, Kiyosaki telah menyarankan dengan tegas untuk melabur “hard assets” termasuk emas dan perak (silver) sebagai pelindung kekayaan (wealth protection) bagi persediaan menghadapi kegawatan ekonomi yang bakal melanda.

Anything that can be printed, like a stock certificate, a bond, or a dollar, I don’t want it. I’m a hardcore gold, silver, oil, and food buff… I’m a hardcore hard assets person.”

Robert Kiyosaki (Kitco)

Cara Kumpul Silver Dengan Selamat

Kita di Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai platform menyimpan silver dengan mudah, murah dan patuh shariah melalui Akaun SAP (Silver Accumulation Program). Akaun SAP mempunyai reputasi tinggi di kalangan pelabur-pelabur. Ia disediakan oleh syarikat Public Gold International yang bertapak sejak tahun 2008 lagi.

BACA Rekomendasi: Perak, Akaun Kumpul Silver (SAP), Cara Daftar

Dapatkan Tips Percuma Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Oktober 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments