i-Citra adalah sama seperti i-lestari dan i-sinar dulu, iaitu kemudahan pengeluaran duit dari akaun KWSP. Tetapi i-citra cuma boleh buat pengeluaran duit sebanyak RM5,000 saja seperti mana yang di umumkan oleh PM.
Namun, kadar bayaran bukannya sekali gus tetapi sebanyak RM1,000 sebulan dalam tempoh 5 bulan.
Kini permohonan boleh dibuat bermula 12 Julai 2021.

Amaun Pengeluaran i-Citra KWSP
- Amaun kelayakan pengeluaran sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat dalam tempoh lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 (KWSP).
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Nota : Simpanan minimum RM100 mesti dikekalkan dalam Akaun 1 KWSP supaya dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaatnya.

Cara Buat Permohonan i-Citra
Anda boleh masuk terus ke website icitra.kwsp.gov.my dan ikut langkah pada gambar di bawah bermula 12 Julai 2021. Dan pembayaran pertama dijangka mula dibuat pada bulan Ogos 2021. Duit akan di masukan terus ke akaun bank anda.

Syarat Kelayakan
Semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah layak memohan i-Citra. Tertakluk kepada jumlah baki wang dalam Akaun 1 dan Akaun 2 (KWSP).
Kelebihan i-Citra KWSP
i-Citra diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi pandemik covid-19 yang mencabar. Oleh itu, gunakan kelebihan i-Citra ini sebaik-baiknya dengan bijak. Utamakan perbelanjaan harian terlebih dahulu untuk meneruskan kehidupan. Jangan pernah terfikir untuk boros berbelanja!
Jika anda terfikir untuk boros berbelanja, maka saya kongsikan tips dari guru kewangan agar dapat membantu.
Guru kewangan saya pesan, bahawa ubat paling mujarab bagi sikap boros adalah dengan bekukan duit kepada emas fizikal. Dalam masa yang sama, kekayaan anda akan bertambah di sebabkan kenaikan harga emas yang tinggi setiap tahun.

Emas Yang Mampu Di beli
Tujuan utama membelanjakan i-Citra bagi menyimpan emas adalah untuk mengelakkan diri dari terbelanja ke atas perkara yang sis-sia atau boros. Contoh emas yang mampu di beli ialah:
Bajet RM5,000 :
- 1pcs x goldbar 10gram BungaMas/Tai Fook + 1 dinar (4.25gram) x 2pcs, atau
- 1 dinar (4.25gram) x 4pcs = (Jumlah gram = 17gram emas)

Bajet RM1,000 :
- 3.8gram emas gred 999.9 melalui Akaun Emas GAP Public Gold.

Info lanjut tentang kelebihan simpan emas dan keuntungan berganda, anda boleh baca di link di bawah:
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu, Sabah
13 July 2021