Gadai Emas GAP Sangat Mudah! Online saja
Gadai emas GAP online merupakan salah satu faktor ramai orang suka platform Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), bukan saja boleh beli/jual emas secara online. Malah boleh juga gadai emas secara online! Melalui ArRahnu yang di iktiraf patuh syariah.
Konsep ArRahnu sangat penting bagi anda yang memerlukan duit tunai segera tanpa perlu menjual simpanan emas anda. Dengan mengadaikan emas anda buat sementara waktu. Dan anda boleh tebus balik emas anda selepas membayar semula pinjaman ArRahnu.
Terma Dan Syarat
- Nilai pinjaman 70% dari harga GAP
- Upah simpan sebanyak 1% dari harga GAP dalam tempoh sebulan
- Tempoh masa gadaian selama 6 bulan + sambung 2 bulan
Contoh pengiraan
Katakan anda ingin menggadai emas 10 gram emas GAP. Dan harga emas GAP pada hari itu bersamaan RM 277/gram.
- Harga 10 gram emas GAP = RM 2770 ( 10 gram x RM 277)
- Anda dapat pinjaman 70% x RM 2770 = RM 1939
- Upah simpan bersamaan 1% x RM 2770 = RM 27.70 sebulan
- Jumlah upah simpan 6 bulan; RM 27.70 x 6 = RM166.20
Bagi menebus semula emas GAP anda (10 gram), anda perlu bayar pinjaman + upah simpan
RM 1939 + RM 166.20 = RM 2105.20 (Bagi tempoh 6 bulan)
Jika anda menebus semula dalam tempoh 3 bulan, maka upah simpan akan berkurang iaitu RM 68.10 ( Upah simpan RM 27.70 x 3 bulan). Lebih awal anda tebus maka lebih jimat!
Langkah-Langkah Gadai Emas GAP
5 minit boleh selesai urusan gadai emas secara online tanpa perlu keluar rumah. Sila ikut langkah di bawah:
- Masukan jumlah gram emas yang mahu di gadai. Minima 1 gram saja
- Klik Request
Duit akan di kreditkan ke dalam akaun bank anda selepas gadaian di selesai dalam 2 hari bekerja. (Pastikan anda telah upload salinan kad pengenalan anda dan salinan maklumat bank).
Tebus Semula Emas
Anda boleh tebus semula emas anda dengan menghubungi staff di Preferred Branch Public Gold anda (Anda boleh cek Preferred Branch anda di Login GAP > My Account).
Staff akan berikan nombor akaun bank untuk mudahkan anda buat bayaran. Selepas bayaran selesai, emas yang telah di gadai akan di masukan semula ke dalam akaun GAP anda.
Jika anda belum mempunyai Akaun Emas GAP, sila daftar di link ini > Daftar Akaun Emas GAP
Atau hubungi saya. Saya uruskan semuanya buat anda. PERCUMA!
Mohd Ekram Marfuadi
Authorised Dealer Public Gold (PG55934)
011-1633-6896 (whatsapp/Call)
[…] ada 50 gram emas ataupun lebih, kita boleh letak di Ar-Rahnu. (Maksudnya gadai emas 50 gram di Ar-Rahnu untuk dapatkan duit tunai bagi membayar kos […]