Harga barang yang semakin mahal sejak kebelakangan ini meresahkan netizen. Laporan akhbar menceritakan keluhan rakyat, barangan yang dibeli dengan harga RM100 hanya boleh di jinjing dengan satu jari.
Benar! Barangan yang boleh dibeli dengan RM100 sekarang sangat sedikit. Berbanding 20 tahun lepas, RM100 membolehkan kita membeli barangan dengan penuh troli (shopping cart).
Salah satu faktor yang kita tahu ialah akibat ketegangan di Selat Hormuz yang menaikkan harga minyak mentah. Harga minyak mentah memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan harga barangan.
Pengangkutan barangan perlukan minyak, pembuatkan ubat-ubatan perlu minyak, perkapalan, industri tenaga dan lain-lain. Jika harga minyak mentah naik, maka rantaian dari pembekal kepada peniaga turut mengalami peningkatan harga.
Tetapi, sebelum konflik Selat Hormuz berlaku, harga barangan masih juga naik. Sebelum pandemik covid-19, harga barangan juga naik. Dan sebelum korupsi di zaman Najib juga, harga barangan masih naik. Bila masa harga barang turun?
Jika kita perasan, bermungkinan tidak ada satu zaman yang menurunkan harga barangan. Harga barang seolah-olah sentiasa naik setiap tahun dan setiap zaman.
Punca Sebenar Harga Barang Naik
Setelah saya membaca lebih 16 buah buku kewangan, saya sedar bahawa inflasi merupakan dalang bagi kenaikan harga barangan. Dan inflasi sebenarnya dicipta oleh bank.
Kebanyakan masyarakat memahami bahawa inflasi adalah kenaikan harga barang. Sebenarnya, inflasi merujuk kepada kejatuhan kuasa beli duit. Bukannya harga barangan yang naik. Kuasa beli duit yang jatuh.
Cuba kita bayangkan, zaman sekolah saya dulu, duit poket RM1 sudah cukup kenyang ke sekolah. Dengan RM1 boleh membeli sebungkus nasi lemak, air minuman dan gula-gula. Kalau dapat RM2, saya berasa cukup mewah di sekolah.
Hari ini, adakah cukup RM1 untuk duit poket anak-anak ke sekolah? Sudah tentu mereka kelaparan. Kenapa harga nasi lemak sekarang lebih mahal. Adakah nasi lemak semakin bernilai, atau permintaannya semakin tinggi?
BACA LAGI: Maksud Inflasi Sebenar, Ramai Keliru!
Tidak! Kualiti nasi lemak dulu sama saja dengan sekarang. Puncanya ialah kuasa beli ringgit yang semakin susut dihakis inflasi. Disebabkan kuasa beli RM1 sekarang lebih kecil, maka RM1 tidak lagi mampu membeli sebungkus nasi lemak.
Ramai tidak percaya bahawa bank yang menyebabkan inflasi. Setiap duit yang dicetak hanya berasaskan hutang. Duit bukan lagi bersandarkan nilai aset sebenar seperti emas atau perak. Duit dicetak atas angin.
Persoalannya, apa yang memberikan nilai kepada duit yang baru dicetak? Jawapannya ialah nilainya datang daripada kekayaan sebenar yang sudah wujud dalm ekonomi.
Duit yang baru dicetak seolah-olah mencairkan duit yang sedia ada dalam kitaran ekonomi. Kesannya ialah inflasi yang berlaku secara berterusan selama ini.
BACA LAGI: Ayam Makin Mahal, Salah Peniaga Atau Inflasi?
Contohnya, dulunya harga rumah hanya berharga RM60,000. Selang 10 tahun, rumah yang sama tidak lagi mampu dibeli dengan jumlah duit yang sama (RM60,000). Apa yang kita faham, rumah naik harga. Sebenarnya, kuasa beli ringgit yang jatuh.
Sistem monetari yang kita amalkan hari ini, sebenarnya duit adalah hutang. Hutang adalah duit. Kita akan faham jika mula membaca tentang sistem wang fiat dan sistem fractional reserve banking.
Tindakan kita menyimpan duit di bank sebenarnya ialah menyimpan hutang. Bukanlah menyimpan kekayaan. Sebab setiap duit yang dicetak hanyalah berasaskan hutang. Tanpa sebarang sandaran nilai.
BACA LAGI: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi Ringgit
Sejujurnya, kita tidak mampu untuk mengubah sistem monetari sedia ada. Tetapi, kita mampu mengubah simpanan duit kita kepada simpanan emas di luar sistem bank. Kenapa emas?
Sebab emas mempunyai nilai intrinsik. Ia tidak mengalami inflasi sebab tidak boleh dicetak seperti duit kertas. Malah, matawang asal yang digunakan di awal tamadun manusia termasuk dalam tamadun Islam ialah emas dan perak. Atau dinar dan dirham.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 September 2026

