Bank simpan lebih banyak emas adalah fakta. Ia bukan sekadar jangkaan semata-mata. Simpanan rizab emas rasmi kini berjumlah $3.87 trillion berbanding $3.73 trillion aset rizab dolar Amerika Syarikat (AS).
Sejak Bretton Woods runtuh pada tahun 1971, bank pusat sentiasa mempunyai rizab dolar AS yang lebih banyak berbanding rizab emas. Namun, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.
Sejak rundingan damai di antara AS-Iran runtuh, emas menstabil pada sekitar $4,712 seauns. Harga minyak mentah dijangka meningkat. Manakala, dolar menjunam.
Apakah maksudnya apabila bank pusat telah menyimpan lebih banyak rizab emas berbanding dolar AS? Bermaksud pengurus wang paling hebat di dunia sedang melindungi diri daripada risiko kejatuhan wang fiat.
Sebagai individu, kita jarang sekali disaran untuk simpan emas oleh pihak institusi kewangan. Selalunya, kita sering disaran untuk menabung tunai atau simpan cash. Bukannya emas!
Mengapa Bank Simpan Emas, Bukan Dolar?
Menurut Goldprice.org, surat Kobeissi meletakkan rizab emas rasmi bank pusat pada rekod $3.87 trillion. Iaitu melebihi jumlah aset rizab dolar AS yang berjumlah $3.73 trillion.
Situasi merupakan kali pertama sejak tahun 1971, rizab emas telah mengatasi dolar AS. Tahun 1971 merupakan keruntuhan Bretton Woods. Setiap matawang di dunia tidak lagi bersandarkan emas.
BACA LAGI: IMF & Bank Simpan Emas. Mengapa Kita Simpan Duit Kertas?
Bretton Woods merupakan perjanjian matawang antarabangsa 1944. Perjanjian tersebut telah mengikat matawang global kepada dolar AS. Matawang kertas di ikat dengan kertas. Tidak masuk akal!
Sejak tahun 2022, rizab emas bank pusat telah meningkat 3 kali ganda. Ia telah mendorong kenaikan harga emas di peringkat global.
3 transaksi sebagai bukti trend bank pusat menambah rizab emas:
- China – pengumpulan emas berjalan selama 17 bulan. Meningkatkan rizab emas kepada rekod $343 billion. Walaupun telah menjual sejumlah $623 billion pegangan Perbendaharaan AS (US Treasury Holding).
- Perancis – secara senyap menyelesaikan pemulangan 180 tan emas dari Bank Rizab Persekutuan New York ke Paris. Berita ini disahkan oleh Banque de France, dan dilaporkan oleh Reuters dan Kitco. Jumlah rizab emas Perancis kekal pada 2,437 tan – kini disimpan sepenuhnya di dalam negara.
- Turkiye – melaksanakan pertukaran emas. Menukar 58-68 tan metrik kepada tunai pada akhir Febuari dan pertengahan Mac untuk pertahankan Lira. Pegangan emas jatuh sekitar 320 tan, terendah dalam tempoh 2 tahun untuk pertahankan Lira. Bukan keluar dari emas.
Apakah Kita Perlu Buat?
Kita hanya perlu mengikut trend bank pusat seluruh dunia. Iaitu mengeluarkan simpanan wang di bank dan membeli emas sebagai simpanan harta keluarga kita.
Dalam kata lain, kita menukarkan simpanan tunai kepada simpanan emas. Pastikan duit simpanan jangka masa panjang ditukar kepada emas.
BACA LAGI: Duit Simpanan Jatuh Nilai, Masa Untuk Emas!
Tidak perlu semua duit simpanan kita ditukar kepada emas. Simpan sebagai duit perbelanjaan harian dalam bentuk tunai. Bagi memudahkan urusan harian.
Selebihnya, bagi simpanan wang jangka panjang, pastikan ditukar dalam bentuk emas sebagai perlindungan.
Emas telah terbukti sebagai aset safe-haven. Iaitu aset yang paling selamat ketika krisis. Di kala aset lain runtuh, aset emas saja yang masih kekal bernilai. Sebagaimana yang berlaku di dalam sejarah.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di Sini
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 April 2026

