Melabur emas merupakan di antara pelaburan yang sangat mudah dan berisiko rendah. Ia tidak rumit seperti pelaburan-pelaburan lain.
Apa yang kita perlu buat hanyalah beli emas fizikal, dan tunggu harga emas naik. Ia tidak ada tempoh matang, atau pelan pelaburan yang rumit dan melecehkan.
Namun, apa yang menyebabkan segelintir masyarakat mengatakan bahawa melabur emas tidak menguntungkan? Atau dalam bahasa mudah, macam mana boleh tidak untung?
1-Salah Pilih Jenama Emas
Kita mesti pilih jenama emas yang menguntungkan. Dengan mengetahui kadar spread yang dikenakan oleh jenama emas tersebut.
Menurut mentor wang, Azizi Ali, pastikan kadar spread emas yang dibeli pada kadar di bawah 10%. Jika kadar spread tinggi, kemungkinan anda bakal menghadapi kerugian.
BACA LAGI: Habib Atau Public Gold, Mana Lebih Untung Lagi Berbaloi

Perlu diketahui, bukan semua jenis emas atau jenama emas mempunyai kadar spread yang sama. Dan kadar spread ditentukan oleh syarikat atau pekedai emas tersebut.
Apakah kadar spread? Ialah perbezaan (margin) di antara harga kita beli dan harga kita jual semula emas tersebut. Perbezaannya mestilah nipis iaitu di bawah kadar 10%.
Setakat yang saya tahu, jenama emas yang mempunyai kadar spread yang rendah di Malaysia setakat ini ialah Public Gold. Produk emas Public Gold sangat sesuai untuk pelaburan.
2-Berapa Gram Dalam Simpanan
Segelintir masyarakat mengatakan pelaburan emas tidak untung mungkin disebabkan kadar keuntungannya tidak banyak seperti yang dijangkakan.
Jika cuma ada 1 gram emas dalam simpanan, kadar keuntungan memanglah tidak banyak. Pastikan beli emas yang besar atau dalam kuantiti banyak. Barulah untung banyak.
Katakan harga segram hari ini ialah RM500. Jika kenaikan harga emas setahun 20%, bermaksud harga emas naik sebanyak RM600. Maka, kadar keuntungan kita ialah RM100 saja setahun. Sedikit!
Oleh sebab itu, kita perlu mempunyai simpanan emas yang banyak. Barulah kita bakal merasakan keuntungan juga banyak.
Bagi yang baru mula melabur emas, pastikan fokus untuk menambah gram emas terlebih dulu. Pastikan emas dalam simpanan semakin bertambah banyak. Abaikan turun naik harga emas. Fokus tambah gram!
3-Tidak Konsisten
Mungkin sesetengah masyarakat beranggapan bahawa kita hanya perlu beli seketul emas. Dengan harapan seketul emas tersebut bakal membuatkan kita kaya-raya. Silap!
Kita perlu konsisten membeli emas setiap bulan dalam proses mengumpul kekayaan. Jika anda membaca buku-buku pelaburan, mengumpul kekayaan perlu konsisten.
BACA LAGI: Harga Emas Naik! Apa Jaminannya?

Contohnya, Warren Buffet yang menjadi billionaire kerana membuat pelaburan dalam jumlah sederhana secara konsisten dan berterusan.
Warren Buffet bukan seperti Bill Gates atau Mark Zuckerberg yang menjadi billionaire sebab genius. Buffet hanya membuat pelaburan sederhana secara konsisten dan berterusan.
Orang biasa seperti saya juga perlu konsisten dan berterusan untuk mengumpul kekayaan. Kita perlu membeli emas dalam jumlah berpatutan secara berterusan dan konsisten. Inshallah kaya.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 November 2025

