Kronologi Harga Emas Tahun 2026

Kronologi harga emas pada tahun 2026 boleh dikatakan sangat rancak. Terdapat turun naik harga emas yang sangat drastik dalam tempoh beberapa bulan saja.

Perkara yang mendorong turun naik harga emas termasuk ketegangan Iran-AS, tekanan kewangan, daripada negara-negara BRICS, pembelian emas besar-besaran oleh bank pusat dan lain-lain.

Januari 2026 – Harga emas bermula pada RM615 segram pada 1 Januari. Harga tertinggi sekitar RM759 segram pada hujung bulan. Boleh dikatakan kenaikan mendadak iaitu sekitar RM144 segram dalam masa sebulan saja.

Febuari 2026 – Harga mula menurun kepada RM675 segram pada 1 Febuari. Kemudian naik semula pada penghujung bulan sekitar RM718 segram. Bulan ini juga harga naik sekitar RM43 segram dalam tempoh sebulan saja.

Mac 2026 – Harga bermula pada RM718 segram pada 1 Mac. Kemudian harga menurun kepada sekitar RM647 segram pada penghujung bulan 31 Mac. Bulan ini berlaku penurunan sebanyak RM71 segram.

April 2026 – Harga bermula baik pada RM659-669 segram pada 1 April. Lalu, berlaku penurunan sehingga ke paras RM642 segram pada 30 April. Bulan ini juga emas turun sekitar RM17 segram.

Mei 2026 – Harga mula pada RM641 segram. Mula menampakkan penurunan menjelang pertengahan bulan yang sama. Harga emas berakhir RM630 segram pada 31 Mei 2026.

Jun 2026 – Harga emas kekal RM630 segram dan menurun ke pertengahan bulan. Pada 10 Jun, harga emas turun melepasi RM596 segram. Kembali naik beberapa hari, kemudian turun semula ke paras RM568 segram pada akhir bulan 30 Jun.

Julai 2026 – Harga kembali mendaki kepada RM575 segram pada 1 Julai. Tidak banyak perubahan harga pada bulan ni. Namun, harga sedikit naik kepada RM582 segram pada 31 Julai.

Ogos 2026 – Penurunan berlaku ke paras RM578 segram pada 1 Ogos. Kembali naik pada pertengahan bulan ke paras RM659 segram. Kemudian turun sedikit ke paras RM623 segram pada 31 Ogos.

September 2026 – Penurunan sedikit ke paras RM622 segram pada 1 September. Harga berlegar di antara RM602-612. Kemudian berakhir dengan penurunan ke paras RM596 segram pada 30 September.

Oktober 2026 – Penurunan juga berlaku bermula 1 Oktober sekitar RM596 segram sehinggaa ke paras RM570 segram di pertengahan bulan. Penurunan berakhir ke paras RM551 segram pada 31 Oktober.

November 2026 – Fasa penurunan berterusan ke paras RM549 segram pada 1 November. Dan naik kembali ke paras RM582 segram pada pertengahan bulan. Kemudian, turun kembali ke paras RM542 pada 18 November.

Begitulah ringkasan kronologi turun naik harga emas dalam masa setahun bagi tahun 2026. Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2026 yang memberi kesan kepada pasaran emas semasa.

Di antaranya seperti ketegangan Selat Hormuz, pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia, pengumuman daripada Federal Reserve, kelemahan dolar, dan sebagainya.

Sejauh mana harga turun atau naik tidaklah begitu penting. Yang paling penting ialah berapa banyak emas yang sudah berada dalam simpanan kita.

Jika kita sekadar sembang tentang emas dan mengetahui kronologi harga emas. Akan tetapi tidak ada simpanan emas mahupun segram. Itu adalah perbuatan yang sia-sia.

Bagi yang berilmu, penurunan harga emas adalah masa terbaik untuk membeli dan menambah simpanan emas. Situasi penurunan emas merupakan situasi yang jarang sekali berlaku.

Justeru itu, manfaatkan kesempatan ini untuk menambah simpanan emas pada harga murah. Apabila simpanan emas bertambah, maka kekayaan keluarga kita juga turut bertambah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>>Klik DI SINI

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 November 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted