Perubatan merupakan bidang yang luas meliputi dental, pembedahan, ubat-ubatan (pharmasuetikal) yang memerlukan alatan-alatan tertentu. Tanpa kita sedari, salah satu bahan yang digunakan untuk membuat alatan tersebut ialah emas.
Kebanyakan dari kita menyangka bahawa kegunaan emas hanyalah terhad kepada barangan perhiasan (jewelry). Hakikatnya, kegunaan emas lebih luas daripada itu. Termasuklah kegunaannya dalam bidang perubatan.
Selama satu abad, doktor gigi telah menggunakan emas untuk menghasilkan korona gigi. Pakar bedah pula menanam emas dalam bentuk radioaktif ke dalam ketumbuhan tumor.
Selain itu, pakar Reumatologi menggunakan sebatian emas sebagai rawatan oral untuk merawat artritis. Nanopartikel emas merupakan faktor yang membolehkan ujian kehamilan di rumah atau ujian pantas COVID memaparkan garisan yang jelas.
Semua itu merupakan kegunaan perubatan yang nyata dan didokumentasikan. Bukannya sekadar cerita rakyat. Ciri-ciri emas sangat sesuai seperti emas kalis karat, tidak bertindak balas dalam tubuh, serta mudah berikatan dengan molekul lain.
Kegunaan Emas Dalam Perubatan
Dental: Emas telah digunakan dalam rawatan gigi sejak zaman purba. Ahli Arkeologi telah menjumpai penggunaan emas pada gigi di kalangan masyarakat Etruscan yang berasal sekitar tahun 630SM. (sumber: wikipedia- Gold Teeth).
Walaubagaimanapun, penggunaan emas dalam rawatan pergigian moden bermula sejak penghujung abad ke-19. Doktor gigi menggunakan emas melalui proses tuangan untuk menampal gigi dan sarung gigi (crown).
Kini, kegunaan emas telah berkurang sejak peningkatan kualiti ceramik. Namun begitu, doktor gigi masih memilih emas untuk gigi geraham belakang dan bagi pesakit yang mempunyai tabiat menggeser gigi.
Pembedahan: Emas digunakan dalam rawatan kanser khususnya brakiterapi. Teknik tersebut menggunakan sumber radiasi secara terus atau berhampiran dengan tumor.
Pakar bedah di Baylor College of Medicine mula menanam Au-198- iaitu isotop radioaktif emas- ke dalam tumor prostat pada tahun 1965.
Gold-198 akan mereput kira-kira 2.7 hari. Semasa pereputan ini, ia membebaskan radiasi yang merawat tumor dari dalam, sekaligus memelihara tisu-tisu di sekeliling berbanding kaedah external beam.
Adakah Emas Selamat Digunakan Dalam Badan?
Ya! Emas dalam bentuk spesifik digunakan dalam perubatan. Dental menggunakan emas alloy, dan ubat-ubatan seperti auranofin (garam emas) digunakan secara klinikal selama beberapa dekad. Namun, rawatan menggunakan emas perlu dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
Kesan Perubatan Terhadap Pasaran Emas
Sektor pergigian menggunakan 8.2 tan emas pada tahun 2025. Sebahagian besar daripada teknologi yang luas dengan jumlah penggunaan sebanyak 322.8 tan. Jumlah permintaan global pada tahun itu 5,002.3 tan (World Gold Council).
Dalam kata lain, sektor perubatan merupakan salah satu pemicu kecil terhadap permintaan emas global.
Permintaan emas dalam sektor perindustrian dan perubatan hanya mewakili 6% daripada permintaan tahunan. (World gold council: 322.8 tan daripada 5,002.3 tan).
Oleh itu, ia tidak akan memberi impak besar terhadap kenaikan harga emas. Harga emas hanya berubah berdasarkan pulangan sebenar, kekuatan matawang, dan keyakinan terhadap wang fiat.
Perlu ditekankan bahawa sifat kestabilan kimia emas memainkan peranan penting dalam kedua-dua keadaan. Gigi emas yang bertahan daripada karat selama 20 tahun. Dan emas juga bertahan apabila disimpan beribu-ribu tahun di dalam bilik kebal.
Sifat kimia tersebut menjadikan emas sebagai aset yang kekal nilainya selama beribu-ribu tahun berbanding aset lain. Termasuklah wang kertas yang sentiasa dihakis nilainya oleh inflasi setiap tahun.
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 September 2026

