Kilang Emas Public Gold Bernilai RM30 Juta Di Penang

Kilang emas bernilai RM30 juta telah dibuka yang bakal menjadikan Penang sebagai Gold Bazaar di masa depan. Menjadikan Penang sebagai lokasi strategik yang bakal menarik pembeli dan penjual emas di rantau ini.

Ketua Menteri Penang, Chow Kon Yeow menyifatkan pelancaran tersebut sebagai pencapaian penting bagi industri logam berharga Malaysia yang sedang berkembang.

Beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang telah mengambil pendirian rasmi ke arah merealisasikan matlamat tersebut dengan pelancaran pusat penapisan bertaraf antarabangsa yang pertama di negara ini oleh Public Gold Group.

Kilang pembuatan emas yang bernilai RM30 juta yang terletak di tapak seluas 1.14 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang.

Kemudahan tersebut mempunyai kebolehan untuk menapis sehingga 10 tan emas setahun. Dan mempunyai kapasiti untuk berkembang kepada 20 tan apabila permintaan meningkat.

Dilengkapi dengan teknologi penapisan terbaru dan sistem pengurusan kualiti yang ketat. Kilang penapisan tersebut juga mematuhi Piawaian Emas Malaysia (MyGS) dan Peraturan “Good Delivery” (penghantaran terbaik), Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA).

Piawaian tersebut penting bagi memastikan pemerolehan sumber yang bertanggung jawab dan amalan terbaik yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Public Gold Group, Datuk Seri Louis Ng, menyifatkan kilang penapisan itu sebagai pelaburan strategik demi kemakmuran masa depan Malaysia.

Ng menegaskan bahawa kilang penapisan itu bukan sekadar kemudahan pengilangan; ia merupakan pelaburan strategik untuk ekonomi masa depan Malaysia.

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted