Wang kertas merupakan duit yang digunakan sejak tahun 1870 (Perang Dunia Pertama). Ketika itu, setiap duit yang dicetak bersandarkan nilai emas yang dipanggil sebagai sistem Gold Standard.
Selepas Perang Dunia Kedua, perjanjian Bretton Woods telah mengikat emas dengan dolar AS sebanyak $35 bagi seauns. Dalam masa yang sama, setiap matawang lain di dunia pula di ikat dengan dolar AS (Amerika Syarikat).
Untuk mudah difahami, setiap matawang yang dicetak mestilah bersandarkan nilai emas. Tanpa emas, matawang tidak boleh dicetak.
Namun, pada 15 Ogos 1971, Presiden Nixon telah memutuskan hubungan emas dengan dolar. Setelah itu, dolar dicetak tanpa sebarang sandaran nilai. Duit dicetak “atas angin” tanpa had. Sistem matawang ini dipanggil sistem wang fiat.
Sepatutnya, sesebuah matawang mestilah memenuhi 3 kriteria. Pertama, menyimpan nilai. Kedua, kalis inflasi. Ketiga, tiada institusi yang boleh mencetaknya dengan banyak.
Malangnya, sistem wang fiat tidak memenuhi semua kriteria tersebut. Perkataan fiat datang dari Latin, yang bermaksud “let it be done.” Nilai wang fiat hanya berasaskan “percaya” yang diberikan oleh kerajaan. Ia tidak bersandarkan apa-apa nilai sekalipun. Asalkan percaya!
Apa Nasib Wang Kertas Selepas Tahun 1971?
Selepas wang fiat tidak lagi bersandarkan emas, bermulalah inflasi nilai. Inflasi telah merompak nilai kekayaan seseorang. Semakin banyak wang yang disimpan malah semakin miskin. Bukannya semakin kaya.
Suatu ketika dulu, sebungkus nasi lemak boleh dibeli dengan RM1. Pada hari ini, RM1 tidak lagi mampu membeli sebungkus nasi lemak. Ia menunjukkan kuasa beli duit semakin susut saban tahun dihakis inflasi.
Di zaman persekolahan saya dulu, duit poket RM1 sudah cukup kenyang di sekolah, Dengan RM1, saya boleh membeli sebungkus meehoon goreng, segelas minuman, dan gula-gula. Adakah RM1 cukup untuk duit poket anak-anak sekolah hari ini?
Kuasa beli duit ketika zaman ibubapa saya lebih tinggi. Duit poket ke sekolah sudah cukup dengan hanya 20sen. Ia terbukti jika anda menonton wayang P.Ramlee yang berjudul Laksamana Do Re MI. Terdapat babak membeli sayur di pasar yang berharga hanya 20sen.
Menurut Biro Statistik Buruh AS, dolar AS telah kehilangan nilai kira-kira 87% daripada kuasa belinya. Manakala, emas yang menjadi sandaran matawang telah meningkat sebanyak 12,000% dalam tempoh yang sama.
Bagaimana Cara Lindungi Duit Simpanan Kita?
Menurut sumber WGC (World Gold Council), bank pusat telah membeli sebanyak 289 tan emas pada suku kedua tahun 2026. Iaitu kenaikan sebanyak 62 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Persoalannya, mengapa bank pusat tiba-tiba membeli dan menyimpan rizab emas dengan kuantiti yang banyak?
Jadi, dengan berfikir secara rasional, jika bank pusat simpan rizab emas, mengapa kita masih simpan duit di bank? Sedangkan bank sendiri melindungi asetnya dengan emas.
Berdasarkan hal itu, kita ketahui bahawa cara terbaik untuk menyimpan kekayaan adalah dengan menukarkan simpanan duit kepada emas. Dalam kata mudah, beli emas sebagai rizab simpanan kekayaan keluarga.
Menurut Biro Statistik Buruh AS, dolar AS telah kehilangan nilai kira-kira 87% daripada kuasa belinya. Manakala, emas yang menjadi sandaran matawang telah meningkat sebanyak 12,000% dalam tempoh yang sama. (Sumber: goldsilver.com/price-charts)
Data tersebut menunjukkan bahawa emas merupakan aset yang terbaik sebagai menyimpan nilai kekayaan dalam jangka masa panjang.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 September 2026

