Siapa Pemilik Sebenar Emas Dunia? Bukan Barat Atau China

Siapa pemilik emas terbesar dunia? Mungkin kebanyakan anda akan memberi jawapan, bank pusat, Wall Street, atau China. Hakikatnya, pemilik emas terbesar bukanlah yang seperti anda sangka.

Berapa banyak emas yang pernah digali daripada perut bumi? Menurut World Gold Council (WGC), secara kasar sebanyak 220,000 tan. Angka tersebut meningkat secara perlahan. Pertambahan perlombongan dicatatkan sebanyak 1.5% setahun.

Bank pusat seluruh dunia aktif membeli emas secara besar-besaran. Namun, jumlah emas yang dipegang hanyalah sekitar 38,000 tan saja. Iaitu bersamaan 17% daripada jumlah emas yang digali.

Amerika Syarikat (AS) merupakan pemegang emas terbanyak iaitu melebihi 8,133 tan. Namun, angka tersebut dipercayai menurun sejak tahun 1970.

Selain itu, bank pusat seluruh dunia dicatatkan telah membeli lebih 1,000 tan emas setahun sejak empat tahun lalu. Iaitu, peningkatkan pembelian dua kali ganda daripada berbanding tahun 2010.

Poland merupakan pembeli emas terbesar dunia selama dua tahun berturut-turut. Pusat Bank China pula membeli melebihi 350 tan sejak tahun 2022. Kebanyakan penganalisa percaya bahawa angka sebenar lebih daripada yang diistiharkan.

Angka penting yang perlu kita ketahui ialah jumlah rizab emas dunia telah mengatasi jumlah rizab dolar buat pertama kalinya pada tahun 2026. Dengan nisbah 27% berbanding 22%.

Siapa Pembeli Senyap?

Terdapat golongan pembeli emas yang tidak mendapat liputan media. Golongan ini tidak didedahkan kepada awam. Mereka tidak berminat ditemu bual. Mereka hanya fokus membeli emas secara senyap-senyap.

Mereka dikenali sebagai Sovereign Wealth Fund (SWF). SWF merupakan institusi kewangan milik sesebuah negara yang berasingan daripada bank pusat. SWF daripada negara teluk sehingga ke Norway, ke Singapura merupakan pembeli emas senyap.

Contohnya, Arab Saudi telah memegang sekitar 323 tan emas dalam rizab rasmi negaranya (sumber WGC). Penganalisa menjangka, negara teluk itu bakal menambah rizab emas dalam SWF sebagai langkah keluar daripada kelemahan dolar.

Barat Bukan Pemilik Terbesar

Ramai menyangka bahawa negara-negara barat yang memegang emas terbesar di dunia. Namun, sangkaan tersebut salah. Kebanyakan negara barat mempunyai simpanan emas yang sedikit.

Sebab utamanya adalah, barat telah berhenti menganggap emas sebagai duit. Bagi barat, duit adalah matawang kertas atau wang fiat.

Selepas tahun 1971, hubungan duit dengan emas telah diputuskan. Jadi, generasi selepas itu membesar dengan saham-bon pada nisbah 60:40. Emas dianggap tidak lagi diperlukan sejak itu.

Siapa Pemilik Emas Terbesar?

Anda pasti terkejut dan tidak menyangka bahawa pemegang emas terbesar ialah masyarakat India. Ya! Bukan bank atau institusi pelaburan, tetapi masyarakat India yang memegang paling banyak emas di dunia.

Menurut kajian Morgan Stanley, menganggarkan setiap isi rumah India menyimpan kira-kira 34,600 tan emas. Iaitu nilai kira-kira $38 trillion berdasarkan harga emas pertengahan tahun 2025. Dan nilainya meningkat dengan kenaikan harga emas.

Kebanyakan isi rumah India memegang emas dalam bentuk barang kemas yang diwarisi turun-temurun. Yang disimpan di dalam peti besi di rumah, loket bank, dan kuil.

Untuk gambaran mudah, masyarakat India memegang emas lebih banyak berbanding sepuluh bank pusat terbesar di dunia.

Mereka menyimpan emas bukannya atas dasar pelaburan atau diversifikasi. Tetapi mereka menyimpan emas sebab berkait rapat dengan budaya turun-temurun.

Di Malaysia juga mempunyai budaya menyimpan emas sejak turun-temurun. Di majlis perkahwinan, para wanita gemar berhias dengan emas. Tetapi, mengapa rakyat Malaysia tidak tersenarai sebagai penyimpan emas terbanyak di dunia.

Mungkin budaya menyimpan emas di kalangan masyarakat Malaysia semakin hilang. Sebab generasi sekarang di didik untuk menyimpan duit di dalam SSPN, ASB, atau institusi pelaburan. Yang membuatkan emas kian dilupakan.

Sedangkan kekayaan dalam bentuk duit kertas akan terhakis nilainya setiap tahun dihakis inflasi. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia takut untuk kembali kepada menyimpan emas.

Sepatutnya, kita patut takut menyimpan duit di dalam bank. Simpanan duit di bank bukan saja terdedah kepada risiko inflasi nilai. Malah, terdedah risiko korupsi politikus yang tamak haloba seperti kes Tabung Haji.

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted