Bukan Emas Makin Mahal, Tapi Duit Dicetak Banyak

Bukan emas yang makin mahal jika anda faham sistem wang fiat dan fractional reserve banking system. Duit kertas yang mengalami kehilangan nilai dihakis inflasi.

Inflasi wang berpunca daripada duit kertas yang dicetak dengan banyak. Apabila duit dicetak dengan banyak, kuasa beli duit semakin merosot. Kesannya, harga barangan naik.

Kita berada di dalam zaman yang nilai matawangnya sentiasa merosot setiap tahun. Bermaksud, seberapa banyak duit yang kita simpan di bank, tidak membuatkan bertambah kaya malah semakin miskin.

Ia berpunca sejak Presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan wang dengan emas. Wang yang dicetak sepatutnya bersandarkan nilai emas. Tetapi, Presiden Nixon telah mengkhianatinya.

Sejak tahun 1971, setiap wang yang dicetak didunia ini tidak lagi bersandarkan apa-apa nilai. Maka, Federal Reserve bank (dimiliki keluarga Rotchild) boleh mencetak wang sesuka hati tanpa had. Kesannya, kuasa beli duit susut setiap tahun.

Kini, menabung duit di bank seolah-oleh seperti mengisi air ke dalam baldi yang bocor. Sebanyak manapun air di isi, tidak membuatkan baldi tersebut dipenuhi air, bocor. Begitu juga menyimpan duit yang dihakis nilainya oleh inflasi.

Bagaimana Emas Melindungi Simpanan Duit?

Emas merupakan duit sebenar yang telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu. Dan ia tidak pernah gagal seperti wang kertas hari ini. Emas tidak mengalami inflasi sebab ia tidak boleh dicetak.

Menyimpan emas bukan seperti analogi menuang air ke dalam baldi yang bocor. Menyimpan emas tidak akan berlaku kebocoraan sebab emas tidak mengalami inflasi. Nilai intrinsik emas terletak pada ketulenan dan beratnya, bukan atas jaminan kerajaan.

Jika anda mengukur harga barangan dengan menggunakan emas berbanding dolar, didapati harga barangan semakin murah dari semasa ke semasa.

Harga barangan semakin mahal jika di ukur dengan wang kertas. Sebabnya, kuasa beli wang tersebut mengalami susut nilai dari semasa ke semasa.

Barangan runcit, tenaga, dan perumahan malah semakin murah jika diukur dengan emas berbanding wang kertas. Dalam sejarah, kuasa beli emas semakin meningkat dan bukannya terhakis.

Bermaksud, kekayaan anda akan meningkat dengan menyimpan emas berbanding menyimpan wang kertas. Malah, emas merupakan aset yang kekal bernilai ketika dilanda krisis sebagaimana berlaku di dalam sejarah manusia.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat, jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
10 Jun 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted