Cetak Duit Punca Harga Barang Naik?

Cetak duit merupakan salah satu punca harga barangan naik. Banyak lagi sebab lain yang mendorong kenaikan harga barang.

Mungkin anda bertanya, mengapakah harga barangan naik? Punca utamanya adalah disebabkan oleh inflasi matawang. Kesan inflasi menyebabkan keruntuhan kuasa beli sesebuah matawang.

Segelintir mengaitkan kenaikan harga barang disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Ia adalah benar. Namun, perlu diketahui bahawa kenaikan harga minyak berpunca daripada kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peperangan.

Kelemahan dolar AS bukan saja disebabkan matawang dicetak dengan banyak. Juga berpunca disebabkan oleh negara-negara di dunia yang sudah hilang kepercayaan terhadap dolar.

Cetak duit dan hilang kepercayaan merupakan faktor utama yang mendorong keruntuhan sesebuah matawang. Kesannya, harga barangan meningkat.

Apa Maksud “Hilang Kepercayaan” Terhadap Duit?

Krisis hilang kepercayaan terhadap matawang berlaku apabila rakyat tidak lagi percaya bahawa matawang mereka mempunyai nilai. Di mata rakyat, duit kertas tidak lagi bernilai.

Secara asasnya, duit kertas dicetak tanpa sandaran nilai. Bermaksud, duit kertas tidak mempunyai nilai intrinsik. Duit kertas mempunyai nilai apabila rakyat yakin dan percaya bahawa ia bernilai.

Dalam kata lain, nilai duit kertas adalah berasaskan “kepercayaan” dan “keyakinan” rakyat. Apabila rakyat hilang percaya, maka duit kertas hanyalah menjadi kertas dinding (wallpaper). Menurut Sheikh Imran Hossein.

Sejarah Cetak Duit Meruntuhkan Matawang

Dalam sejarah, berulang-ulang kali matawang runtuh disebabkan duit dicetak dengan banyak dan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap matawang.

Weimar Jerman (1921-1923), kerajaan Jerman telah mencetak matawang Marks dengan banyak. Dalam masa yang sama, rakyat hilang kepercayaan terhadap Marks. Kesannya, maka berlakunya hiperinflasi.

Pada awalnya, sebuku roti hanya berharga 250 Marks. Setelah kerajaan mencetak wang dengan banyak, sebuku roti yang sama naik harga kepada 200 billion Marks. Begitulah gambaran hiperinflasi.

Zimbabwe (2007-2009), harga barangan meningkat 2 kali ganda dalam tempoh 24 jam. Kerajaan telah mencetak matawang 100 trillion banknote, tetapi ia tidak mampu untuk sekadar membeli tiket bas.

Justeru, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap dolar Zimbabwe. Kesannya, matawang Zimbabwe hilang nilai dan tidak lagi digunakan.

cetak duit

Argentina (terkini), kisah yang sama berulang. Inflasi matawang melebihi 3,000% pada tahun 1989. Krisis ekonomi telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap matawang Argentinian Pesos.

Sungguhpun kerajaan telah berusaha untuk memulihkan nilai matawang, namun tetap gagal. Sebabnya, rakyat tidak lagi percaya pada duit kertas. Akibat krisis ekonomi yang pernah melanda negara mereka.

Sejarah di atas sangat jelas, bahawa inflasi meningkatkan harga barang. Dan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap duit kertas akan meruntuhkan nilainya.

Tambat Ringgit Dengan Emas

Jika anda perasan, setiap kali ringgit jatuh, pasti akan terpapar di surat khabar “tambat ringgit dengan emas” pada zaman Perdana Menteri Tun Mahathir.

Tujuan ringgit ditambat dengan emas adalah untuk mengembalikan kepercayaan pelabur terhadap nilai matawang negara. Teknik ini dilakukan berulang kali, dan ianya berkesan!

Tun Mahathir faham bahawa pada asalnya duit kertas dicetak bersandarkan nilai emas. Malangnya, pada tahun 1971, Presiden Nixon (AS) telah memutuskan hubungan matawang dengan emas.

Sejak itu, nilai matawang hanya bersandarkan “percaya“. Untuk mengembalikan kepercayaan pada matawang, ringgit perlu ditambat dengan emas. Dan ianya berkesan!

Dalam sejarah, emas bertindak memelihara kuasa beli matawang apabila sistem kewangan gagal berfungsi. Emas merupakan aset safe-haven ketika berlaku apa-apa krisis global.

Emas mempunyai nilai intrinsik dan tidak bergantung pada kerajaan atau kepercayaan rakyat. Serta, ia tidak boleh dicetak seperti duit kertas.

Semasa peristiwa hiperinfasi, termasuk Weimar Jerman dan Zimbabwe, emas secara konsisten mengekalkan kekayaan. Di kala, wang kertas hilang nilai.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 May 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments