Wang Fiat vs Emas: Yang Mana Tabungan Terbaik?

Wang Fiat merupakan matawang kertas yang dicetak dan diperaku oleh kerajaan. Namun, angka pada duit kertas bukanlah mewakili nilai sebenar. Ia hanyalah angka nominal yang dicetak.

Menurut Robert Kiyosaki dalam bukunya Fake Money, wang fiat dikatakan ‘fake money‘ kerana ia boleh dicetak tanpa sandaran nilai sebenar. Ia dicetak atas dasar ‘percaya’ (trust).

Apabila duit dicetak, maka berlakulah inflasi yang menurunkan kuasa beli. Semakin lama menabung duit, maka semakin jatuh nilainya. Atas sebab itu, Kiyosaki mengatakan, savers are losers.

Pada awal tahun 1970an, matawang dicetak berasaskan nilai emas yang dikenali sebagai sistem Bretton Woods. Ketika itu, menabung duit seolah-olah menabung emas. Sebab nilai duit bersandarkan emas.

Bermula pada 15 Ogos 1971, Presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan dolar dengan emas. Sejak itu, duit dicetak tanpa sandaran emas. Maka, bermulalah inflasi sistem wang fiat.

Inflasi mulai meningkat sebab duit dicetak tanpa sandaran apa-apa nilai. Atau duit dicetak ‘atas angin’. Nilai duit hanyalah berasaskan kepercayaan yang diletakkan oleh kerajaan.

Sungguhpun anda seorang yang berdisiplin menabung duit, sebenarnya tabungan anda sedang dirompak oleh inflasi setiap tahun. Kekayaan anda tidak bertambah, malah menurun setiap tahun.

Hubungan Wang Fiat Dan Emas

Pada awal tahun 1970, setiap dolar yang dicetak bersandarkan nilai emas. Tanpa emas, sesebuah negara tidak boleh mencetak duit baru.

Dolar Amerika Syarikat (AS) di ikat dengan emas pada harga $35 seaun. Dalam kata lain, satu aun emas bersamaan $35 pada ketika itu.

wang fiat

Sejak tahun 1971, setelah Presiden Nixon memutuskan hubungan dolar dengan emas. Kesannya, nilai matawang semakin runtuh. Sehingga hari ini, satu aun emas menjadi bersamaan $4,706.

Apa yang kita faham ialah, harga emas semakin naik dalam jangka panjang. Dalam tempoh masa yang sama, nilai matawang semakin jatuh. Menunjukkan, dolar berkadar songsang dengan harga emas.

Dalam sejarah, nilai dolar tidak pernah menjadi lebih tinggi berbanding emas. Paling tinggi pun, satu aun emas bersamaan $35. Belum pernah satu aun emas bersamaan $10. Bermaksud, harga Emas sentiasa naik lebih tinggi berbanding matawang.

Emas Sebagai Simpanan Atau Pelaburan?

Zaman sekarang, emas mempunyai multi-fungsi. Emas boleh dijadikan simpanan dan pelaburan serentak. Juga sebagai insuran kekayaan daripada apa-apa krisis termasuk krisis geopolitik.

Segelintir pihak mengatakan bahawa emas hanya sesuai sebagai pelaburan, bukannya tabungan. Sedangkan, pada tahun 1970an, duit dicetak berasaskan nilai emas. Emas merupakan simpanan rizab bank pusat.

Bahkan, emas dijadikan matawang di zaman Rasulullah. Matawang yang dikenali sebagai dinar emas, merupakan alat transaksi jual beli pada zaman tersebut. Senang faham, emas ialah duit.

Ketika itu, emas bukanlah pelaburan. Tetapi, merupakan tabungan rakyat. Rakyat dibayar gaji dalam bentuk dinar emas. Kemudian, sebahagian gaji disimpan sebagai tabungan jangka panjang.

Kesimpulannya, emas merupakan simpanan, pelaburan, dan insuran kekayaan yang terbaik. Dan, semakin lama kita simpan duit di bank, maka semakin jatuh nilai kekayaan dihakis inflasi.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>DAFTAR Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 Mei 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments