Tentang Emas, Pendapat Ustaz Terkenal Malaysia

Tentang emas pernah dibahaskan oleh ulamak dunia dan kebanyakan ustaz di Malaysia. Ini kerana, emas sangat sinonim dalam Islam. Emas dan perak pernah menjadi matawang di zaman kerajaan Islam yang dipanggil Dinar dan Dirham.

Pada tahun 695 Masihi, dirham pertama di tempa pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab. Dirham yang di tempa mempunyai berat spesifik 2.975 gram bagi 1 dirham.

Pada tahun 696 Masihi, Khalifah Abd al-Malik bin Marwan, khalifah kelima Bani Umayyah, yang mula-mula sekali menerbitkan dinar emas. Setiap syiling dinar berketulenan 22 karat dan mempunyai berat 4.25gram.

Ketika itu, dinar digunakan sebagai simpanan kekayaan. Ini kerana dinar emas terkenal dengan kestabilan nilai jika dibandingkan dengan barang keperluan asas.

Pada zaman Rasulullah SAW, seekor ayam berharga 1 dirham. Pada hari ini, iaitu 1,400 tahun kemudian, seekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 dirham. Ia membuktikan bahawa kadar inflasi dirham adalah sifar.

Jika dirham mengalami inflasi, sudah tentu harga ayam berkemungkinan naik kepada 5 atau 10 dirham pada hari ini. Hal ini membuktikan nilai dinar dan dirham sangat stabil dalam tempoh jangka masa panjang.

Pada zaman Rasulullah juga dirakamkan bahawa seekor kambing berharga 1 dinar. Setelah 1,400 tahun kemudian, iaitu pada hari ini, seekor kambing masih berharga 1 dinar. Kadar inflasi dinar adalah sifar seperti dirham.

Begitulah tentang emas dalam sejarah kerajaan Islam. Sehingga hari ini, ustaz-ustaz di Malaysia juga bercerita tentang emas dan perak atau dinar dan dirham.

Pendapat Ustaz Terkenal Tentang Emas

Jika anda penggemar menonton ceramah di Youtube, sudah tentu anda kenal Ustaz Auni yang berilmu tentang sejarah Islam. Beliau berkata dalam salah satu ceramahnya di Youtube:

Katanya, “Dinar diperbuat daripada apa? Wang emas. Siapa kata wang emas? Ali baba bujang lapok. Maksudnya anda perlu ada “ni” di akhir zaman. Sebab satu masa nanti, musuh-musuh Islam akan tukar konsep duit kertas kepada? Tu lah nabi suruh simpan emas banyak-banyak. Duit-duit kertas ni dah takda nilai dah lepas ni. Jadi, beli emas banyak-banyak.”

Begitulah pendapat dan saranan Ustaz Auni di dalam ceramahnya tetang emas.

Jika anda kenal Ustaz Kazim Elias di Youtube, beliau juga menyarankan anak-anak muda untuk menyimpan emas berbanding beli rumah.

Katanya, “Beli emas jongkong tu, 5 gram, 10gram, 20gram, 50gram. Pesan kat anak-anak kita. Kita beli motor, dia jatuh harga. Beli kereta, dia jatuh harga. Beli rumah, susah nak jual. Susahlah nak pergi umrah takda duit. Ambil 10gram pergi jual. Saya nak pergi umrah. Kalau kita beli rumah, susah la nak jual ustaz, rm400 ribu pun orang tak mahu beli…”

Ustaz Zainul juga pernah viral dengan ceramahnya yang menggalakkan umat Islam khususnya supaya menyimpan emas. Bukannya simpan duit dalam bank.

Katanya, “Siapa ada duit, jangan simpan duit dalam bank. Semua kena beli emas. Kalau duit banyak la kan. Taruh setengah hak nak belanja. Pastu hak lain tu nak simpan, beli emas la. Kalau kita simpan di bank, untung tu dok bayar sewa bank. Masa depan esok, duit kertas tak ada guna. Masa depan ni, emas makin naik. Ekonomi Islam ni balik kepada asal balik. (iaitu) emas balik.”

Ketiga-tiga ustaz yang terkenal di atas berpesan supaya menyimpan emas berbanding wang kertas. Mereka menjangkakan bahawa duit kertas tidak lagi bernilai di masa depan.

Jangkaan mereka tentang matawang akhir zaman berkemungkinan tepat. Jika kita lihat hari ini, matawang semakin banyak dicetak yang menyebabkan kuasa beli jatuh. Semakin banyak duit dicetak, maka semakin kecil nilainya.

Kesannya, harga barangan menjadi mahal. Harga barangan mahal, bukanlah disebabkan barang tersebut semakin berkualiti. Hakikatnya, kuasa beli duit kita yang jatuh dihakis inflasi. ia menunjukkan kejatuhan sistem matawang sedikit demi sedikit.

Anda Perlu Bimbingan Menabung Emas?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Julai 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted