Bank Beli Emas Sebab Amerika Kalah Perang

Bank beli emas senyap-senyap setelah Amerika Syarikat (AS) kalah ketika peperangan Selat Hormuz yang menjatuhkan nilai dolar. Dikhabarkan AS perlu membayar 300 billion dolar yang merupakan salah satu syarat berdamai dengan Iran.

Kekalahan tersebut telah menjatuhkan reputasi dan ekonomi AS termasuk pengaruh matawangnya di peringkat global. UAE (United Arab Emirates) pula perlu membayar sejumlah 12 billion kepada Iran supaya berhenti perang.

Sebagai permulaan, AS telah membayar 25 billion dolar untuk membuka semula laluan Selat Hormuz. Sedangkan, laluan Selat Hormuz telah dibuka secara percuma sebelum perang. Ia merupakan serangan AS yang merugikan.

Dengan kekalahan AS, sekaligus telah menjadikan Iran sebagai salah satu kuasa besar di dunia. Seiringan dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia.

Di sebalik perdamaian AS-Iran, bank-bank pusat telah mengumpul rizab emas yang banyak sebagai persediaan. Negara-negara yang membeli emas secara senyap-senyap tanpa direkodkan seperti Poland, Uzbekistan, dan China.

Menurut WGC (World Gold Council), bank pusat Poland sedang gigih menambah rizab emasnya untuk mencapai 700 tan. Bank Rakyat China pula terus membeli emas 17 bulan berturut-turut. Menjadikan jumlah rizab emasnya berjumlah sekitar 2,313 tan.

Begitu juga bank pusat negara lain seperti Kazakhstan, Malaysia, Indonesia, dan Serbia yang aktif menambah simpanan rizab emas bank pusat masing-masing.

Apa Kesan Bank Beli Emas?

Terdapat 2 kesan yang mendalam yang bakal mengubah corak masa depan ekonomi global.

1- Struktur asas harga emas.

Apabila bank pusat membeli emas, maka emas yang berada dalam pasaran akan berkurang. Kekurangan stok emas di pasaran bermaksud, harga emas akan meningkat.

Sepanjang 16 tahun yang lalu, bank pusat telah menjadi pembeli tetap. Namun, harga emas didapati tidak berubah atau menurun. Apabila pembelian emas oleh bank pusat melonjak, peningkatan harga emas akan berlaku dalam 12 hingga 18 bulan kemudian.

2- Menunjukan keruntuhan matawang fiat.

Apabila bank pusat menyimpan rizab emas, maka keyakinan terhadap nilai matawang akan runtuh. Ini merupakan berita buruk bagi penyimpan wang atau pelabur matawang.

Kuasa beli duit akan semakin mengecil. Sebabnya, bank sendiri lebih yakin terhadap rizab emas berbanding rizab dolar. Hilangnya keyakinan terhadap matawang akan meruntuhkan nilainya.

Kesimpulannya, kekalahan AS dalam perang Selat Hormuz bakal meruntuhkan keyakinan dunia terhadap wang fiat. Dalam masa yang sama, emas kembali menjadi pelindung nilai bagi bank-bank pusat di seluruh dunia.

Persoalannya, jika bank melindungi aset mereka dengan menyimpan emas. Justeru, mengapa kita masih simpan duit kertas di bank? Mengapa kita tidak mula menyimpan emas seperti bank-bank pusat?

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 Jun 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted