Cukai Emas 10% Dikenakan. Public Gold Termasuk?

Cukai baharu dikenakan ke atas produk emas tertentu di bermula 8 Jun 2026. Berita ini telah menggemparkan industri perdagangan emas di seluruh Malaysia.

Bermula 8 Jun 2026, kastam Malaysia akan mengenakan cukai baharu sebanyak 10% ke atas produk emas tertentu. Produk emas termasuk, Gold bar LBMA, Canadian Maple Leaf, Perth Mint, Pamp Suisse dan lain-lain.

Contoh produk emas yang tidak dikenakan cukai ini seperti emas perhiasan, produk emas non-LBMA, termasuk produk emas keluaran Public Gold (Non-LBMA).

Bank Muamalat Malaysia Berhad, sebuah bank Islam tempatan yang menawarkan produk pelaburan emas, menyatakan bahawa apabila cukai import dikenakan ke atas bullion, kos tersebut akan dipindahkan kepada pelanggan.

Di Malaysia, beberapa bank tempatan telah memperkenalkan produk pelaburan emas sepanjang tahun lalu. Manakala, Loomis AB, sebuah syarikat logistik bullion, telah membuka peti simpanan berhampiran ibu negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Malaysia mengimport sekitar RM9.7 bilion emas bukan monetari sehingga April 2026, menurut data daripada Department of Statistics Malaysia.

Apakah Emas LBMA?

LBMA (London Bullion Market Association) gold bar merupakan jongkong emas fizikal yang mendapat piawaian antarabangsa. Ia telah di iktiraf di peringkat global dari sudut ketulenan dan beratnya. Produk emasnya di tandatangani oleh Assayer LBMA.

Bank Muamalat merupakan salah satu bank yang menawarkan produk emas fizikal yang di iktiraf LBMA. Maka, produk emas fizikal tersebut bakal mengalami kenaikan harga sebanyak 10% di atas harga pasaran menjelang 8 Jun 2026.

Cukai tersebut datang daripada pihak Kastam Malaysia, bukannya daripada pihak bank. Pelanggan yang merancang untuk membeli produk emas LBMA, perlu mengambil kira kos tambahan 10% daripada harga pasaran.

Kenapa Public Gold Terkecuali Cukai?

Public Gold mengeluarkan produk emas fizikal yang di iktiraf oleh Assayer tempatan. Bukannya melalui pensijilan LBMA (antarabangsa). Maka, produk bukan LBMA tidak dikenakan cukai import Kastam Malaysia.

Pensijilan emas Public Gold bukannya calang-calang. Public Gold mempunyai Assayer tersendiri, yang di iktiraf meluas di peringkat antarabangsa termasuk pengiktirafan daripada LBMA.

Pensijilan produk emas Public Gold di tandatangani oleh Assayer Tuan Abdul Shukor Anuar. Beliau merupakan pemilik kepada Assay Office Penang KL Sdn Bhd. Bermaksud, produk emas di iktiraf oleh pensijilan tempatan (local minted). Bukannya import.

Setiap produk emas Public Gold mempunyai sijil yang ditandatangan oleh Tuan Abdul Shukor Anuar. Assayer Malaysia yang hebat dan di iktiraf di peringkat antarabangsa.

Menjadikan, harga produk emas Public Gold lebih kompetitif berbanding produk emas import di pasaran. Tanpa duti import ke atas produk Public Gold, kita dapat menikmati penjimatan harga 10%.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumulah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
03 Jun 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted