Simpan duit adalah tabiat yang sangat penting untuk mencapai masa depan kewangan yang lebih cerah. Akan tetapi, nilai duit semakin dihakis inflasi saban tahun.
Memanglah semakin lama menyimpan duit, semakin bertambah jumlah duit dalam simpanan. Hakikatnya, nilai kekayaan semakin berkurang dihakis inflasi.
Nombor pada duit kertas bukanlah mewakili nilai sebenar. Menurut pakar matawang, Mike Maloney, nilai ialah seberapa banyak barang yang boleh dibeli dengan wang tersebut.
Contohnya, zaman sekolah dulu, sebungkus nasi lemak boleh dibeli dengan harga 50 sen saja. Maka, dengan duit belanja sekolah RM1, boleh beli 2 bungkus nasi lemak.
Kini, sebungkus nasi lemak berharga sekitar RM2.50. Maka, duit RM1 tidak lagi mampu untuk membeli sebungkus nasi lemak. Kita perlu duit lebih banyak untuk membeli sebungkus nasi lemak.
Situasi tersebut membuktikan kuasa beli ringgit semakin menurun seiring masa. Dulu, duit RM1 boleh beli 2 bungkus nasi lemak. Kini, RM1 yang sama tidak lagi mampu membeli sebungkus nasi lemak.
Menunjukkan nombor pada duit kertas bukanlah mewakili nilai kekayaan. Semakin banyak duit tidak semestinya menunjukkan semakin bertambah kaya. Malah, mungkin semakin miskin.
Alat terbaik untuk mengukur nilai matawang ialah dengan membuat perbandingan dengan harga emas. Jika harga emas meningkat, kemungkinan besar nilai matawang sedang menurun. Dan, sebaliknya.
Simpan Duit Atau Emas?
Emas merupakan duit yang terawal yang pernah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun lalu. Kemudian, penggunaan duit kertas diperkenalkan pada sekitar tahun 1200.
Matawang emas yang dikenali sebagai dinar, dan perak dikenali dirham telah menjadi alat transaksi untuk membeli-belah pada zaman dulu.
Kini, emas telah kembali menjadi matawang alternatif yang penting sejak berlaku ketidak-stabilan ekonomi global. Termasuk peralihan kuasa geopolitik dunia yang beralih arah menjauhi dolar Amerika Syarikat.
Maka, setiap matawang kertas yang dicetak di dunia ini bakal merasakan kesan penurunan. Apa buktinya? Buktinya ialah harga barangan dan kos servis yang semakin meningkat naik.
Simpan duit adalah seolah-olah membiarkan duit simpanan kita dimakan tikus inflasi. Atau membiarkan perompak melarikan duit kita di depan mata kita sendiri.
Suka atau tidak, nilai duit tetap akan susut nilainya dimakan inflasi saban tahun. Maka, solusinya ada menukarkan simpanan duit kepada emas fizikal.

Berita – Indonesia mahu buang 3 angka kosong pada duit Rupiah, bukan menunjukkan nilai matawangnya semakin meningkat. Walaupun nombor pada duit kertas ditukar, nilainya tiada perubahan.
Nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya sendiri. Sedangkan nilai duit bergantung pada kerajaan yang memerintah dan geopolitik global.
Bukan seperti duit kertas, emas tidak mengalami inflasi. Sebab, emas tidak boleh dicetak. Kekayaan penyimpan emas dijamin kekal atau bertambah kaya dalam tempoh jangka masa panjang.
Oleh sebab itu, telah banyak institusi termasuk bank yang menawarkan akaun simpanan emas. Bagi saya, bank perlu dielakkan atas sebab hubungan Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan pertukaran data kewangan bank.
Mentor wang, Azizi Ali saran menyimpan emas melalui Akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Syarikat Public Gold. Yang telah beroperasi sejak tahun 2008.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
12 November 2025

