5 Sebab Emas & Silver Bakal Pecah Rekod Baru

5 sebab utama disenaraikan oleh pakar-pakar pelaburan bahawa harga emas dan silver (perak) bakal pecah rekod baru tertinggi di masa depan.

Walaupun harga emas dan silver telah banyak kali memecahkan rekod tertinggi sejak kebelakangan ini, ia tetap akan berterusan. Disebabkan situasi geopolitik dunia yang membimbangkan.

Kebimbangan situasi geopolitik yang berterusan bakal melonjakkan harga logam mulia (emas dan perak) secara berterusan. Ia telah berlaku sejak perang dunia kedua dulu.

5 Sebab Emas & Silver Bakal Pecah Rekod Baru

Menurut pakar pelaburan Goldsilver.com, terdapat 7 alasan emas dan silver akan meningkat dari paras semasa. Di antara 5 sebab utama adalah seperti berikut:

1- Permintaan Bank Pusat Kekal Tinggi

Bank pusat secara global telah beralih arah sebagai pembeli emas secara agresif. Perubahan asas dalam cara bagaimana sesebuah negara melihat rizab monetari.

Negara-negara seperti China, India, Poland, dan Turki, terus mengembangkan pegangan emas sebagai alternatif dolar Amerika Syarikat (AS).

Contohnya, Bank Rakyat China telah meningkatkan rizab emasnya bagi 18 bulan berturut-turut sejak May 2024.

Ia bukan sekadar soal diversifikasi. Malah, ia merupakan menandakan kebimbangan yang semakin meningkat tentang kestabilan jangka panjang berkenaan sistem wang fiat (wang kertas).

2- Real Yield Memihak Kepada Emas

Hubungan emas dan real yield – apabila real yield jatuh atau negatif, maka harga emas akan naik. Sebab emas dilihat lebih menarik oleh pelabur-pelabur.

Real yield dikawal oleh bank dengan mengubah turun naik kadar interest rate bagi mengimbangi kadar inflasi.

Dasar monetari semasa mencadangkan supaya real yield kekal dimampatkan demi masa hala tuju depan yang boleh dijangka.

Bank pusat sedang mengalami dilemma dalam mengimbangi sama ada bertindak untuk mengawal inflasi ataupun meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Realiti yang berlaku ialah walaupun kadar inflasi direndahkan, real yield kekal berada hampir sifar atau negatif. Maka, ia merupakan berita baik bagi pelabur emas!

3- Permintaan Industri Terhadap Silver

Tidak seperti emas, yang berfungsi sebagai penyimpan nilai. Silver memainkan 2 peranan iaitu sebagai logam perindustrian dan aset pelaburan.

Teknologi tenaga hijau telah meningkatkan permintaan silver. Setiap panel solar memerlukan kira-kira 20gram silver. Kenderaan elektrik pula perlu 25-50gram bagi setiap kereta bagi infrastruktur elektronik dan pengecasan.

Rangkaian 5G, peranti perubatan, dan pengguna barangan elektronik, semuanya memerlukan logam silver. Silver merupakan logam konduktor elektrik yang terbaik.

Fakta menarik, pengeluaran lombong silver tahunan berjumlah sekitar 850 juta auns. Manakala, jumlah permintaan industri menghampiri 1.1 billion auns. Permintaan melebihi pengeluaran lombong silver!

4- Ketegangan Politik Semakin Keruh

Situasi ketegangan global semakin berterusan. Peperangan, perang dagang, peralihan pakatan, telah meningkatkan permintaan aset safe-haven.

Emas dan silver menunjukkan prestasi yang baik semasa ketidak-stabilan geopolitik atas sebab mudah. Iaitu ia mengekalkan nilai tanpa mengira situasi politik.

Emas dan silver tidak boleh dikenakan sekatan ekonomi, atau dibekukan serta tidak boleh diturunkan nilai oleh kerajaan. Sebab itu, ia dikatakan aset safe-haven!

5- Kebimbingan Kejatuhan Nilai Matawang

Paras hutang kerajaan yang banyak dan pengembangan monetari (mencetak wang) yang berterusan menimbulkan kebimbingan serius tentang kestabilan matawang dalam jangka masa panjang.

Apabila keyakinan terhadap matawang fiat semakin terhakis, para pelabur secara semula jadinya akan beralih kepada logam mulia.

Emas dan silver telah mengekalkan kuasa beli begitu lama merentasi abad dan tamadun. Satu dinar emas mampu membeli kambing di zaman Rasulullah, hari ini 1 dinar masih mampu beli seekor kambing.

Sejak krisis ekonomi tahun 2008 sehingga covid-19, duit kertas telah dicetak dengan banyak secara global. Mencetak duit dengan banyak akan meninggikan inflasi, dan menjatuhkan kuasa beli matawang.

Walaupun dasar monetari telah menghalang krisis ekonomi daripada berlaku serta merta. Hakikatnya, mereka sedang menanam kebimbingan terhadap nilai matawang di masa depan.

Kebimbingan tentang masa depan nilai matawang telah mencetuskan kempen mengeluarkan wang simpanan daripada bank kepada simpanan emas dan silver fizikal. Sebagai simpanan nilai jangka panjang.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

PERCUMA>Daftar Sekarang!

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Januari 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments