Emas Public Gold Lebih Mahal?

Emas Public Gold dikatakan lebih mahal baru-baru ini. Semenjak banyak syarikat emas baru telah muncul di Malaysia. Masing-masing menawarkan harga emas yang lebih kompetitif.

Tidak dinafikan, harga emas murah merupakan salah satu faktor yang perlu kita ambil kira sebelum memilih jenama emas. Namun, harga murah bukan bermaksud pasti untung, jika kadar spread tinggi.

Keuntungan pelaburan emas bergantung pada harga ketika jual semula nanti. Walaupun harga kita beli murah, kemungkinan ketika menjual semula juga lebih murah daripada harga pasaran. Sebab kadar spread tinggi!

Kadar spread emas juga merupakan salah satu kriteria yang penting. Kita mesti pastikan kadar spread yang dikenakan syarikat emas tersebut mesti rendah sebelum memilih jenama emas.

Menurut mentor wang, Azizi Ali, kadar spread emas yang menguntungkan mestilah di bawah 10%. Jika kadar spread yang dikenakan oleh syarikat emas tersebut lebih 10%, maka kita akan rugi!

Harga Emas Public Gold Lebih Mahal?

Jika dikaji dengan baik, beza di antara harga spot gold dan harga emas Public Gold adalah sangat nipis. Bermaksud harga Public Gold boleh dikatakan murah, sebab margin spot gold yang nipis.

Apakah yang dimaksudkan dengan spot gold?

Spot gold ialah harga emas pada pasaran dunia. Biasanya, syarikat yang menjual emas akan menjual emas pada harga di atas spot gold sebagai untung jual emas.

emas public gold

Katakan harga spot gold pada pasaran dunia hari ini ialah RM454 segram. Harga yang dipaparkan Public Gold ialah RM495 segram. Margin-nya ialah RM41 segram atau bersamaan 9% daripada spot gold.

Menunjukkan margin di antara spot gold dan harga jual Public Gold sangat nipis. Namun, di Public Gold, semakin besar emas tersebut, maka semakin nipis margin spot gold.

Harga bagi 1 gram RM 495. Harga bagi 10 gram pula RM 4,933. Bermaksud, margin spot gold bagi produk bar 10 gram ialah RM 39 segram. Iaitu turun kepada 8.5% saja.

Begitu juga dengan margin spot gold bagi bar emas 100 gram yang berharga RM 48,761. Margin spot gold-nya ialah RM33 segram bersamaan 7.2%. Margin spot gold lebih nipis. Bermaksud lebih murah.

Jadi, Mengapa Ada Syarikat Emas Yang Jual Lebih Murah Dari Public Gold?

Jawapan yang mudah, mungkin mereka jual emas digital, emas kertas, atau emas ETF. Semua bentuk emas tersebut tidak perlu modal. Emas tersebut boleh dicipta dalam digital, atau ditulis atas kertas.

Produk emas digital, emas kertas, atau emas ETF, boleh dicipta bila-bila masa tanpa perlu emas fizikal yang tulen.

Walaupun harga emas digital/kertas/ETF dijual pada paras di bawah harga spot gold, mereka masih untung. Sebab mereka tidak perlu emas fizikal yang sebenar.

Syarikat yang menjual emas fizikal yang betul-betul emas tulen, maka sudah tentu meletakkan harga produk emas mereka di atas paras harga spot gold.

Jika produk emas di jual dengan harga di bawah paras spot gold, maka syarikat tersebut akan mengalami kerugian kemudian bankrap.

Bezanya ialah, sama ada syarikat emas tersebut menjual produk emas dengan margin spot gold nipis atau tebal. Sudah tentu banyak syarikat yang menjual dengan harga lebih mahal daripada Public Gold.

Jika terdapat syarikat yang menjual emas lebih murah daripada Public Gold, sepatutnya kita berhati-hati. Sebab margin spot gold produk emas Public Gold sangat nipis.

Perlu Bantuan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE!>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 Ogos 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments