Siapa simpan emas, kekayaan mereka berpotensi meningkat lebih tinggi akibat ketidak-tentuan situasi kewangan dan ekonomi yang berlaku di peringkat global.
Pakar pelaburan Michael Maloney, menyatakan bahawa sistem kewangan hari ini hanya seperti permainan ‘Merry-Go-Round’.
Keruntuhan kewangan yang pernah berlaku dulu, bakal berulang semula. Seolah-olah sistem tersebut hanya berpusing-pusing di tempat yang sama.
Ia berpunca daripada kelemahan sistem wang fiat yang dicipta sangat tidak stabil. Wang fiat dicipta supaya boleh dicetak dengan banyak yang menjerumus kepada inflasi tinggi.
Tahun 1870-1922. Menggunakan sistem standard emas (gold standard). Ekonomi ketika itu membangun pesat. Namun, tercetusnya WW1 (perang dunia pertama), sistem standard emas terhenti di Eropah.
Matawang kertas dicipta dengan banyak bagi menanggung kos peperangan. Lalu, menyebabkan hiperinflasi dan deflasi parah sehingga wang kertas hilang nilai.
Kemudian, konferen ekonomi kecemasan diadakan untuk mencipta sistem matawang dunia yang baru. Iaitu Genoa Economics Conference pada tahun 1922.
Tahun 1922-1944. Menggunakan sistem separuh standard emas (wang masih dicetak bersandar nilai emas). Ekonomi masih stabil dan berkembang pesat. Sistem standard emas terhenti akibat tercetusnya WW2 (perang dunia kedua).
Matawang kertas dicetak dengan sangat banyak bagi menanggung kos peperangan. Sehingga menyebabkan kecelakaan ekonomi berserta hiperinflasi dan deflasi.
Terpaksa mengadakan konferen ekonomi kecemasan untuk mencipta sistem matawang dunia yang baru. Iaitu Bretton Woods Conference pada tahun 1944.

Tahun 1940-1971. Sistem pseudo-gold boleh dikatakan stabil ketika itu. Di ikuti dengan perkembangan ekonomi pesat. Matawang dicipta terlalu banyak untuk membiayai kos perang Korea, Vietnam, dan program sosial, ‘bank run‘ oleh bank pusat antarabangsa.
Kerajaan bertindak menggantung gold-redemption rights dari bank sentral. Kemudian, konferen ekonomi kecemasan diadakan untuk mencipta sistem baru. Di panggil Smithsonian agreement pada tahun 1971.
Tahun 1971-Sekarang. Sistem wang fiat yang tidak bersandarkan nilai emas. Duit dicetak tanpa had. dan hiperinflasi. Peperangan yang tidak berkesudahan, trade war, matawang BRICS, de-dolarisasi, jurang pendapatan tinggi dan sebagainya.
BACA LAGI: Saudi Arabia Buang Dolar, Petrodolar Tewas, Emas Kuasa Baru!
Jika anda membaca sejarah, keruntuhan sistem matawang bukan perkara baru. Krisis kewangan telah berlaku beberapa kali dalam sejarah dunia sejak 150 tahun lalu.
Seiringan dengan itu, keruntuhan kewangan yang tercetus telah melonjakkan harga emas ke paras luar biasa. Siapa ada emas selepas keruntuhan berlaku pasti menjadi orang kaya baru. Ia adalah sejarah!
Merujuk kepada situasi kewangan dan ekonomi yang berlaku pada hari ini. Seperti perang timur tengah, perang perdagangan China-AS (trade war), kehilangan kepercayaan terhadap dolar, dan sebagainya.
BACA LAGI: China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar
Krisis tersebut bakal mengakibatkan keruntuhan kewangan. Tidak mustahil currency reset bakal berlaku. Atau mungkin konferen ekonomi kecemasan diadakan bagi mencipta sistem matawang baru.
Berdasarkan sejarah, siapa ada emas ketika ini bakal menjadi orang kaya baru. Dalam tempoh 6 bulan ini saja, kenaikan emas telah mencecah 22.46%. Kenaikan yang luar daripada jangkaan.
Sekali lagi menurut pakar pelaburan, Michael Maloney, tidak mustahil harga emas bakal cecah $10,000 se-ounce pada suatu hari nanti.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Klik Official Web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
4 Jun 2025

