Simpanan Emas Sebagai Dana Kecemasan.

Simpanan emas diketahui lebih baik dalam jangka masa panjang. Sebabnya, nilai emas tidak dihakis inflasi sebagaimana yang berlaku kepada simpanan wang di dalam bank.

Dana kecemasan bermaksud simpanan wang sekurang-kurangnya 3 bulan gaji sebagai persediaan jika berlaku sesuatu yang tidak dirancang dan memerlukan wang segera. Contohnya, seperti kereta rosak, sakit (hospitalised) atau diberhentikan kerja.

Ketika berlaku pandemik Covid-19 dulu, ramai yang telah diberhentikan kerja. Ketika itulah dana kecemasan sangat diperlukan bagi meneruskan kehidupan. Sebab itu, mentor saya berpesan supaya mempunyai dana kecemasan berjumlah setahun gaji.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BNM (Bank Negara Malaysia), seramai 61 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM1,000. Ia adalah laporan yang menyedihkan.

Simpanan kecemasan bukanlah untuk menjadikan kita kaya. Tetapi, ia untuk mengelakkan kita daripada jatuh miskin apabila ditimpa musibah.

Namun, adakah emas sesuai dijadikan dana kecemasan berbanding duit kertas? Apakah kelebihan dan kelemahannya?

Kelebihan Simpanan Emas

Pertama – Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sementara dana kecemasan belum digunakan, simpanan dalam bentuk emas mampu dikembangkan.

Kedua – Emas boleh di Ar-Rahnukan. Katakan harga emas sedang turun, dan pada waktu yang sama kita perlu duit segera. Menjual semula emas mungkin merugikan. Jadi, kita boleh menggunakan Ar-Rahnu. Iaitu mengadaikan emas saja tanpa perlu menjualnya.

Ketiga – Kebal daripada inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Simpanan duit dalam jangka panjang akan dihakis inflasi. Jika apa-apa berlaku kepada nilai ringgit, kita tidak perlu risau. Nilai ringgit pernah jatuh 50 peratus setahun.

Kelemahannya

Pertama – Simpanan emas perlu dijual semula. Emas tidak boleh dibelanjakan secara langsung. Emas perlu ditukar semula kepada wang kertas. Ia mungkin mengambil masa untuk menjual emas ke Ar-Rahnu atau kedai emas.

Kedua – Risiko penurunan harga emas. Jika kecemasan berlaku ketika penurunan harga emas. Maka, kita terpaksa menjual semula emas pada harga rendah.

Ketiga – Menyimpan emas tidak mendapat dividen. Jika anda menyimpan wang di bank atau mana-mana institusi pelaburan, biasanya akan ditawarkan keuntungan dividen tahunan. Kita tidak mendapat dividen dengan menyimpan emas.

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted