Emas tersungkur sejak perjanjian damai Iran-AS. Segelintir mengatakan kejatuhan harga emas ini merupakan kerugian besar bagi penyimpan emas. Adakah kenyataan itu benar?
Berdasarkan berita Bloomberg, Bank Rakyat China telah membeli 480,000 troy aunce emas dalam bulan Jun saja. Ia merupakan pembelian terbesar dalam tempoh sebulan saja.
Sebagaimana yang diketahui, emas mengalami penurunan sebanyak 24% berbanding paras tertinggi $5,405 seauns pada penghujung Januari 2026 yang lalu.
Dengan penurunan harga emas kini, China telah mengambil peluang untuk memborong lebih banyak emas dalam tempoh sebulan saja. Bagi China, masa ini adalah peluang untuk menambah rizab emas. Iaitu ketika harga emas turun.
BACA LAGI: Matawang Emas Dilancarkan China Ganti Duit Kertas
Segelintir pihak mengatakan, penurunan harga emas merupakan kerugian besar. Bagi pelabur tegar, ketika ini adalah masa terbaik untuk menambah simpanan emas. Kerana emas boleh dibeli dengan harga yang murah.
Penurunan harga emas adalah jarang sekali berlaku. Jika kita melihat graf di Goldprice.org, kita boleh lihat graf menunjukkan kenaikan dalam tempoh jangka masa panjang.
Penurunan hanya berlaku sementara waktu. Ia tidak pernah berpanjangan sehingga setahun. Setakat ini, dalam tempoh jangka panjang, harga emas sentiasa naik.
Faktor Emas Tersungkur
Pertama, harga emas menurun apabila dolar AS (Amerika Syarikat) semakin kuat. Untuk mudah difahami, harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar AS.
Jika dolar kuat, maka harga emas menurun. Sebaliknya, jika dolar lemah, harga emas akan menaik. Ini bukan bermaksud harga emas bergantung pada dolar. Sebaliknya, dolar yang bergantung pada nilai emas.
Untuk memahami hubungan emas dengan dolar, kita perlu imbas sistem gold standard sebelum tahun 1971. Setiap dolar yang dicetak bersandarkan nilai emas. Ketika itu, berbekalkan 1 auns emas, bersamaan dengan $35. Nilai dolar yang bergantung pada emas.
BACA LAGI: Bila Emas Akan Hilang Nilai?
Kedua, laporan NFP (Non-Farm Payrolls) yang diumumkan oleh BLS (Bureau of Labor Statistics) boleh menurunkan harga emas. Namun, bergantung kepada laporan NFP yang kuat atau lemah.
BLS akan mengumumkan laporan NFP pada setiap hari jumaat yang pertama di awal bulan. Laporan NFP merupakan data pekerjaan termasuk pengumuman interest rate.
Jika laporan NFP kuat, ia menandakan ekonomi AS sedang kukuh. Maka, harga emas menurun. Sebaliknya, jika laporan NFP lemah, menunjukkan ekonomi AS merosot. Maka, harga emas statik atau naik.
Ketiga, apabila berlaku lambakan emas yang dijual di pasaran. Apabila ada pihak menjual emas dengan skala yang besar, berlaku lambakan emas di pasaran. Kesannya, harga emas menurun kerana stok emas sangat banyak daripada permintaan.
Kesimpulannya, kejatuhan harga emas dianggap sebagai sebuah kerugian bagi segelintir pihak. Di sisi lain, kejatuhan harga emas merupakan peluang besar untuk menambah simpanan emas pada harga murah.
Pihak yang paling rugi bukanlah penyimpan emas. Tetapi, pihak yang rugi adalah pihak yang tidak pernah membeli emas. Dan pihak yang tidak mempunyai segram emas langsung dalam simpanan harta keluarganya.
Anda Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
08 July 2026

