Dinar Emas, Dirham Perak, Alternatif Matawang Masa Depan

Dinar emas dan dirham perak (silver) merupakan matawang yang digunakan sejak Khalifah Umar Ibn al-Khattab. Dinar dan dirham menjadi matawang rasmi sehingga kejatuhan kerajaan Khalifah.

Setelah kejatuhan, pelbagai jenis matawang kertas telah dicetak oleh setiap negara-negara pasca-kolonial.

Pada 1 November 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengejutkan dunia. Apabila beliau berkata supaya kerajaan mempertimbangkan kegunaan dinar emas untuk memberhentikan perang matawang (currency war).

Beliau juga berkata bahawa susut nilai dolar Amerika Syarikat (AS) membawa masalah kepada sesebuah negara yang perlu menurunkan nilai matawang untuk mengatasi kehilangan daya saing.

Tun Dr Mahathir berucap di First World Conference on Riba. Katanya, “Jika setiap negara menurunkan nilai matawangnya, perang matawang akan berlaku, dan sudah tentu, ia menyumbang kepada krisis.”

Konferen tersebut diadakan sebagai usaha mengembalikan dinar dirham sebagai matawang moden. Bagi menggantikan matawang kertas yang semakin runtuh nilainya.

Apakah Dinar Emas & Dirham?

Menurut Undang-Undang Islam, Islamic dinar merupakan syiling emas berketulenan 22K yang mempunyai berat spesifik bersamaan 4.25gram (bagi 1 dinar).

Islamic dirham pula merupakan syiling perak berketulenan 24K yang mempunyai berat spesifik bersamaan 2.975 gram (bagi 1 dirham).

Kini, terdapat syiling dinar moden yang diperbuat mengandungi ketulenan emas 24K. Berbanding dengan dinar suatu ketika dulu yang hanya mengandungi emas 22K.

Bagaimana Dinar Dirham Digunakan?

Pertama, dinar dijadikan sebagai simpanan wang atau simpanan harta kekayaan. Sejak permulaan empayar Islam sehingga sekarang, nilai matawang logam Islamik (dinar dirham) masih kekal stabil.

Seekor kambing pada zaman Rasulullah berharga 1 dinar. Hari ini (selepas 1,400 tahun kemudian), seekor kambing masih berharga 1 dinar. Kita boleh katakan selepas 1,400 tahun, kadar inflasi dinar adalah sifar.

Berbanding dengan nilai matawang kertas. Nilai matawang kertas sentiasa susut setiap tahun dihakis inflasi.

Dalam jangka masa panjang, nilai dinar dan dirham terbukti merupakan matawang yang paling stabil di dunia. Nilainya masih stabil walaupun kerajaan atau pemimpin bersilih ganti.

Kedua, dalam Islam, ia digunakan untuk membayar mas kahwin dan mengeluarkan zakat. Zakat merupakan hadiah sedekah yang wajib kepada golongan miskin dan memerlukan.

Sejak permulaan Empayar Ottoman sehingga kejatuhan, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham.

Ketiga, dinar dirham digunakan untuk membeli dan menjual. Ia merupakan matawang yang sah untuk digunakan sebagai medium bertukaran (medium of exchange).

Pada Januari 2012, terdapat lebih 2,000 kedai di serata Kelantan, Penang, Singapura, Makkah yang menerima dinar dirham sebagai alat pembayaran.

Kesimpulannya, dinar dirham atau emas dan perak merupakan matawang yang telah digunakan sejak beribu tahun lalu.

Justeru, emas dan perak terbukti stabil nilainya sehingga hari ini. Berbanding matawang kertas yang dicetak berasaskan hutang dan riba (interest).

Bagaimana Cara Beli Dinar & Dirham Tulen?

Klik>Beli Dinar Dirham

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi    
Kota Kinabalu,Sabah
11 Mac 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments