Penting Simpan Emas Di Luar Bank. 5 Sebab Utama

Penting untuk simpan emas di luar sistem bank jika anda membaca sejarah tentang pelaburan emas dan sistem perbankan.

Kebanyakan krisis kewangan yang berlaku di dunia ini memberi kesan kepada sistem perbankan. Contohnya, krisis kewangan Asia 1997 yang telah melanda Asia.

Dari sudut geopolitik, kuasa-kuasa besar sering menggunakan taktik sekatan ekonomi bagi membekukan atau melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dengan menyerang bank pusat.

Menurut pakar, emas merupakan aset safe-haven. Namun, jika emas disimpan dalam sistem perbankan, maka ia berisiko runtuh bersama-sama bank ketika krisis.

Bank Lebih Selamat?

Bank sentiasa dianggap lebih selamat atas sebab reputasi dan perlindungan PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Malangnya, PIDM hanya melindungi produk kewangan. PIDM tidak melindungi produk akaun emas fizikal.

Bermaksud akaun emas anda tidak akan di lindungi jika bank di isytihar bankrap. Sudah tentu anda tidak akan mendapat akses kepada akaun emas bank dalam keadaan tersebut.

Kerajaan boleh mengambil emas anda di dalam bank. Ia pernah berlaku dalam sejarah. Apabila kerajaan terdesak ketika krisis, mereka mengambil keputusan untuk mengambil emas milik rakyat.

Mungkin situasi ini sangat tidak masuk akal di Malaysia. Namun, ia betul-betul pernah berlaku pada Amerika Syarikat, pada tahun 1933 di bawah pimpinan Roosevelt. Begitu juga di Australia, Banking Act 1959. Undang-undang digubal untuk merampas emas milik rakyat.

Penting Simpan Emas Di Luar Bank

Sebab utama kita mesti simpan emas di luar bank ialah kita mendapat pemilikan dan kawalan penuh ke atas emas kita. Bermaksud, kita telah mengurangkan risiko counterparty.

Jika simpanan emas kita berada dalam akaun bank, maka kita tidak memiliki sepenuhnya emas tersebut selagi kita tidak keluarkan dari akaun. Kerana akaun emas masih tertakluk di bawah polisi bank.

Kedua, perlindungan daripada krisis kewangan. Jika berlaku krisis kewangan, segala aset dalam bank berisiko untuk dibekukan. Termasuklah akaun emas.

Krisis kewangan bukan saja boleh berlaku akibat korupsi dalam negara. Malah, juga serangan dari luar seperti sekatan ekonomi oleh negara besar Amerika Syarikat.

Ketiga, akaun emas di luar sistem bank tidak tersenarai dalam rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) bank negara.

Pihak bank dan kerajaan tidak akan tahu bahawa kita mempunyai simpanan emas. Sebab kita menyimpan emas di luar sistem bank. Privasi lebih tinggi.

Jika seseorang telah di isytihar bankrap oleh bank, sekurang-kurangnya seseorang itu masih mempunyai simpanan emas di luar bank. Jika emas disimpan di dalam bank, maka emas tersebut akan dirampas.

Keempat, emas mudah diwariskan jika berlaku kematian kepada pemilik asal. Kita tidak perlu melalui proses dan kertas kerja pihak bank yang rumit dan melecehkan.

Kelima, caj pengeluaran emas lebih murah daripada caj yang dikenakan bank. Contohnya Public Gold mengenakan premium serendah RM10 segram (RM15 bagi Sabah/Sarawak) bagi emas 1gram. Bagi emas 1,000gm, hanya rm250 seketul (RM500 bagi Sabah/Sarawak).

Berbanding MIGA-i, caj penebusan bagi 1gram ialah RM25 sekeping. Bagi 1,000gram pula, dikenakan caj RM1,450 sekeping. Penebusan emas hanya boleh di buat di cawangan bank terpilih saja. Juga terdapat caj perkhidmatan sebanyak RM5.00 bagi setiap transaksi MIGA-i melalui kaunter. (Sumber MIGA-i FAQs).

Menyimpan emas adalah langkah yang sangat baik demi masa depan kewangan. Namun, adalah sangat penting untuk memilih produk emas dari syarikat yang betul dan bereputasi tinggi.

Adalah lebih baik jika simpanan emas berada di tangan kita berbanding di tangan bank atau kerajaan.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE Daftar>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 Febuari 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments