Venezuela Miliki Gunung Emas & Silver, Ditawan!

Venezuela merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh Presiden Nicholas Maduro, baru-baru ini telah ditangkap oleh Amerika Syarikat (AS). Atas alasan keselamatan negara (National Security) dan mencegah peredaran dadah.

Namun, realitinya Venezuela digelar Arco Minero. Iaitu kawasan geologikal yang mengandungi jangkaan nilai $1 trillion sumber alam yang belum digali.

Tertanam di bawah gunung ialah logam perak (silver), emas, dan logam mulia yang lain. Di mana logam-logam tersebut sangat diperlukan oleh tentera AS.

Menawan Venezuela merupakan rancangan strategik bagi merampas sumber silver, emas, dan logam mulia yang lain. Bukannya membasmi dadah.

Sungguhpun banyak artikel fokus kepada naratif silver. Namun, jika dikaji berdasarkan geologi, silver bukanlah sumber dominan. Tetapi, ialah emas. Silver wujud dengan banyak hanya sebagai byproduct.

Sasaran AS: Emas, Minyak, & Bank

Menurut Alan Hibbard, GoldSilver.com, kita perlu merujuk semula pada polisi sekatan AS (U.S. sanctions policy).

Executive Order 13850, di isu pada 2018, AS telah meletakan gold sector of Venezuelan economy sebagai subjek sekatan. ‘Gold” disebut secara terang-terang sebagai sekatan.

Kemudian, sekatan dikembangkan kepada “oil, banking and financial institution, central bank & state-owned gold company“. Sekatan ditambah ke atas minyak dan perbankan.

Sekatan tersebut bukanlah kebetulan. Ia menyasarkan tulang belakang kuasa global iaitu emas, tenaga, dan sistem pembayaran.

Mengapa Venezuela Penting Bagi Pelabur Emas

Penting sebab sekatan AS secara jelas menyasarkan sektor emas negara, bukan hanya minyak atau individu tertentu. Menyekat aliran emas bakal mengekalkan kuasa kewangan global.

Emas sangat berkesan sebagai menggerakkan nilai di luar sistem kewangan. Emas merupakan:

  • Mudah alih
  • Sukar untuk dikesan
  • Diterima secara umum
  • Tidak terikat dengan SWIFT atau pembayaran tradisional.

Menurut kajian OECD, emas merupakan medium pilihan untuk memintas sekatan. Maka, aktiviti pembayaran boleh dijalankan di luar pengawasan AS.

Dari perspektif itu, pengeluaran emas Venezuela – walaupun tidak sebesar berbanding China dan Rusia, ia masih sangat penting.

Dengan hanya puluhan tan emas setahun, boleh mewakili berbillion dolar yang bergerak di luar pengawasan AS.

Situasi ini jelas menunjukkan emas sangat penting yang berada di tengah-tengah kuasa geopolitik dan kawalan monetari.

Bagi pelabur, ia membuktikan sebab mengapa bank pusat terus mengumpul emas. Dan mengapa ia kritikal menjelang kitaran kewangan di masa depan.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Januari 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments