Kajian Membuktikan Emas Lindungi 85% Kekayaan Ketika Krisis

Kajian telah lama membuktikan bahawa emas merupakan aset bersifat safe-haven yang melindungi kekayaan ketika keruntuhan ekonomi.

Setiap keruntuhan pasaran dalam sejarah pada tahun 1929, 1973, 2000, 2008, dan 2020, emas kekal stabil atau meningkat harganya. Di kala aset lain sedang mengalami keruntuhan.

Dalam linkungan tahun 2007 sehingga 2011, equiti global telah mengalami kerugian melebihi $30 trillion. Dalam masa yang sama, harga emas melambung naik ke paras 120%.

Apabila aset seperti wang kertas musnah, kekayaan tidak musnah, tetapi ia berpindah. Menurut sejarah, kekayaan berpindah kepada emas. Kajian telah dibuktikan!

Setiap aset moden, seperti nilai saham meningkat berdasarkan hutang korporat, nilai hartanah meningkat berdasarkan pinjaman perumahan (mortgages), dan kerajaan hidup berdasarkan defisit.

Sistem kewangan secara keseluruhannya adalah perjanjian pinjaman yang membayar di antara satu pihak kepada pihak lain. Ia adalah rantaian hutang, yang tidak berasaskan nilai sebenar.

Berbeza dengan emas. Nilai emas tidak berasaskan hutang. Emas berada di luar sistem kewangan yang bergantung pada hutang semata-mata. Emas merupakan nilai sebenar sejak 1,500 tahun lalu.

Matawang dolar merupakan IOU (kertas hutang), bond adalah sijil hutang, dan saham adalah paper claims. Nilainya berasaskan perjanjian hutang semata-mata.

Berbeza dengan emas. Emas merupakan pembayaran yang tidak memerlukan tandatangan, dan tiada counterparty. Nilai emas berdiri sendiri, tanpa perlu perjanjian pihak ketiga.

Bank pusat di seluruh dunia dilaporkan telah membeli lebih 1,000 tan emas pada tahun 2023 saja. Apa sebab bank beli emas?

Sebab kerajaan tahu apabila matawang lemah dan bon gagal, hanya emas yang kekal memegang nilai. Emas tidak boleh dicetak, dibekukan atau digagalkan nilainya.

Hanya emas saja aset yang berada di luar sistem perbankan. Bank boleh bankrap, akaun boleh dibekukan, dan matawang boleh runtuh. Tetapi, ia tidak berlaku pada emas.

Emas tidak bergantung pada server, akaun, atau trust. Emas merupakan aset offline. Sedangkan aset kewangan perlu online, ia berada dalam sistem digital.

Kelemahan sistem matawang yang kita perlu ketahui, ialah lebih 90% daripada kekayaan global hanya wujud dalam bentuk digital pada paparan skrin.

Stock, ETF, crypto bergantung pada kecairan pasaran (market liquidity). Apabila kecairan musnah terhenti, nilai aset kertas akan lenyap dalam satu malam.

Hanya emas fizikal kekal bernilai, sebab ia tidak bergantung pada kegagalan sistem. Emas fizikal kekal bernilai walaupun bekalan elektrik terputus.

Selepas tahun 1929, 1971, dan 2008, keyakinan global selalu kembali kepada emas fizikal. Apabila krisis, orang ramai akan kembali kepada matawang asal yang pernah digunakan dulu – emas.

Perlu Bantuan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
22 Oktober 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments