Dolar runtuh dijangka semakin hampir sejak Amerika Syarikat (AS) di bawah kepimpinan Trump. Tanda-tanda keruntuhan ekonomi AS tidak dapat disembunyikan lagi.
Dolar Amerika merupakan matawang antarabangsa yang kuat. Ia merupakan matawang utama dalam transaksi perdagangan antarabangsa.
Lebih 88% transaksi perdagangan antarabangsa menggunakan matawang dolar. Dan hampir 60% rizab matawang asing secara global dipegang dalam bentuk dolar AS.
Apa Sebab Timbul Jangkaan Dolar Runtuh?
Terdapat jangkaan yang mengatakan dolar bakal runtuh adalah disebabkan beberapa perkara yang berlaku dalam geopolitik dunia.
- Peningkatan kadar hutang Amerika Syarikat cecah di atas $37 trillion (setakat Sept 2025).
- Perubahan geopolitik dunia, penubuhan negara BRICS.
- Diversifikasi bank sentral, menggantikan rizab dolar kepada emas.
- Matawang digital, yang mencabar monopoly dolar.
Selain itu, peperangan di Timur Tengah dan perang dagang (trade war) juga merupakan faktor besar yang menyebabkan dolar semakin lemah dan tidak lagi diyakini.
Apakah Dijangka Terjadi Apabila Dolar Gagal? 3 Perkara
1. Inflasi meningkat.
Apabila dolar hilang nilai, harga barangan keperluan harian akan mendadak naik dengan cepat. Harga beras, ayam, sehingalah barangan elektronik menjadi semakin mahal.
Harga barangan di supermarket dijangka naik berlipat kali ganda. Sebab, nilai duit menjadi kecil. Sebagaimana berlaku di Venezuela dan Weimar Jerman.
2. Perdagangan global huru-hara.
Kebanyakan perdagangan global meletakkan harga berdasarkan nilai Dolar AS. Keruntuhan dolar akan mengganggu kontrak perdagangan.
Minyak mentah dan komoditi: Hampir semua transaksi menggunakan dolar. Jika dolar gagal, negara pengeksport akan menolak pembayaran dolar. Sebaliknya, meminta pembayaran Euro, Yuan, atau emas.
BACA LAGI: China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar
Penghantaran dan logistik: Dijangka beribu-ribu kapal kargo menggunakan pembayaran dolar. Jika dolar gagal, operasi bakal tergendala.
Negara membangun: Banyak negara meminjam wang dalam bentuk dolar. Keruntuhan dolar akan menghancurkan keupayaan mereka membayar balik. Lalu, mencetuskan krisis hutang seluruh dunia.
3. Kemerosotan Pasaran Kewangan.
Kegagalan dolar pasti meruntuhan pelaburan aset kewangan seperti saham Wall Street. Termasuk:
Saham AS bakal runtuh apabila pelabur asing melarikan diri.
Bon AS (treasuries), yang pernah dianggap sebagai aset paling selamat, akan kehilangan kredibiliti.
Emas bakal melonjak naik, sebagai alternatif pelabur mencari aset selamat. (Safe-haven)
Sejarah membuktikan bahawa harga emas telah melonjak sekitar 10% hingga 20% ketika nilai dolar lemah. Bitcoin dan stablecoins pula bergantung pada spekulasi.
Winners & Losers
Winners: Dalam sejarah keruntuhan ekonomi, emas sentiasa menjadi aset selamat (safe-haven). Ketika keruntuhan ekonomi, pelabur emas menjadi kaya-raya dengan kenaikan harga emas yang mendadak.
Losers: Dalam sejarah juga menunjukkan, keruntuhan ekonomi bakal telah meruntuhkan aset kewangan. Aset kewangan seperti saham dan simpanan duit kertas di bank diruntuhkan nilainya oleh inflasi.
Emas Matawang Masa Depan?
Matawang asal yang digunakan penduduk dunia suatu ketika dulu ialah emas dan perak. Dalam tamadun Islam, emas dan perak dikenali sebagai Dinar dan Dirham.
Matawang sepatutnya mempunyai 3 ciri-ciri utama. Seperti sebagai medium pertukaran, pengukur nilai, dan penyimpan nilai. Tetapi, wang kertas zaman sekarang tidak mempunyai ciri penyimpan nilai (store value).
BACA LAGI: Quran, Ayat Tentang Matawang Dinar Dirham
Sebabnya, pada tahun 1971, presiden Amerika Syarikat, Nixon ketika itu telah memutuskan hubungan emas dan wang kertas. Maka, duit menjadi matawang yang tidak mempunyai nilai intrinsik.
Sejak itu, wang kertas yang dicetak hanyalah bersandarkan hutang dan riba. Tanpa sandaran apa-apa nilai. Wang kertas dicetak sesuka hati sehingga meninggikan inflasi, yang merobek kekayaan seseorang.
Adakah keruntuhan dolar merupakan titik permulaan yang bakal memberi ruang kepada emas dan perak kembali menjadi matawang asas? Sebagaimana matawang yang digunakan ketika tamadun Islam terdahulu.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar Di Link Ini
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
1 Oktober 2025

