Bank China sekali lagi memecahkan rekod pembelian emas terbanyaknya sejak Oktober 2023. Bank Rakyat China telah menambah rizab emasnya sebanyak 650,000 troy auns pada bulan Ogos.
Pembelian tersebut merupakan pembelian tempoh terpanjang dalam rekod iaitu selama 22 bulan berturut-turut. Menjadikan jumlah pegangan terkini kira-kira 2,386.57 tan emas. Iaitu bersamaan 76.73 juta troy auns emas.
Nilai rizab emas China dilaporkan meningkat daripada $306.35 bilion kepada $350.08 bilion. Tetapi, lonjakan $43.7 bilion itu kebanyakannya disebabkan oleh kenaikan harga emas. Bukannya pembelian baru.
Menurut WGC (World Gold Council), mendapati 89% responden bank pusat menjangkakan rizab emas global akan terus meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Sejak bulan Oktober 2025, emas merupakan export terbanyak mengalahkan pesawat, minyak mentah, semikonduktor, dan kacang soya. Ia merupakan kali pertama berlaku dalam rekod sepanjang dua dekad.
Berdasarkan data daripada US Census Bureau, export emas Amerika Syarikat (AS) mencecah nilai $17.88 bilion pada bulan Februari saja. Emas menjadi export terbanyak berbanding komoditi lain.
Seberapa besar export emas tersebut? Dalam sejarah, logam mulia hanya membekalkan kira-kira 4% daripada nilai export AS. Menjelang tahun 2025, jumlah itu meningkat sebanyak 7%. Menjelang tahun 2026 pula, jumlah tersebut naik 15 peratus.
Di mana jumlah tersebut telah mengatasi kadar export komoditi lain seperti tenaga, pesawat, pertanian, kereta, dan bahan kimia.
Kemanakah perginya export emas AS? Majoriti penerima ialah Switzerland dan United Kingdom. Hong Kong pula mulai naik tempat kedua pada Februari 2026.
Kenapa kadar export meningkat ketika harga emas turun? Sebab ia adalah peluang terbaik untuk membeli emas dengan banyak pada harga murah.
Iktibar Untuk Penyimpan Emas
Berita tentang mengesahkan bahawa dunia sedang sedaya upaya untuk kembali kepada emas dan meninggalkan aset kertas. Emas bukannya lagi sebuah pelaburan, malah penyimpan nilai kekayaan.
Bank China bukannya membeli emas disebabkan harga emas dijangka meningkat berlipat ganda di masa depan. Tetapi, mereka membelinya kerana emas merupakan rizab yang kebal daripada sekatan ekonomi, pembekuan, atau serangan dasar monetari negara lain.
Penurunan harga emas bukanlah mala petaka. Ia adalah rahmat dan peluang supaya kita boleh membeli emas dengan banyak pada harga murah. Perlu diketahui bahawa penurunan harga emas adalah fenomena yang jarang sekali berlaku.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar DI SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumulah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
09 September 2026

