Orang Pandai Bukan Semua Kaya, Ini Sebabnya.

Orang pandai yang mendapat ‘straight A’ dalam SPM atau STPM, bukan semuanya berjaya atau kaya raya. Cuba kita lihat kawan-kawan sekolah dulu, bukan semua yang pandai menjadi kaya.

Bahkan ada yang tidak bergitu pandai di zaman sekolah dulu, tapi mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik. Malah, ada yang menjadi lebih kaya daripada kawan-kawan yang pandai.

Ia bukan bermaksud kita tidak perlu menjadi orang pandai untuk berjaya atau kaya-raya. Kita masih perlu ilmu untuk membuat suatu pekerjaan.

Tanpa ilmu, mungkin tidak layak mendapatkan pekerjaan. Tanpa ilmu, kita tidak tahu cara untuk mengurus kewangan, Tanpa ilmu, kita tidak tahu cara untuk mengembangkan kekayaan.

Ilmu adalah asas kehidupan. Tanpa ilmu, mungkin terjebak ke dalam perangkap hutang. Tanpa ilmu, mungkin mudah kena scam. Tanpa ilmu, mungkin boleh terlibat dengan jenayah.

Jadi, pasti anda tertanya-tanya, setakat mana kita perlu berilmu? Setakat mana tahap ilmu yang perlu kita belajar?

Pepatah melayu mengatakan, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.” Dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib. Ilmu bukan saja untuk manfaat diri sendiri, malah amal jariah jika disebarkan kepada orang lain.

Jika kita seorang jurutera, maka teruskan tambah ilmu kejuruteraan. Bagi seorang suami atau isteri, teruskan belajar ilmu menguruskan rumah tangga. Jangan dilupakan, ilmu agama.

Menurut kajian, hanya 2 hingga 3% billionaire di dunia yang memiliki PhD (Doctor of Philosophy). Bermaksud, tahap kepandaian tinggi tidak semestinya faktor untuk menjadi kaya atau berjaya.

Kata orang, rajin berusaha adalah faktor utama yang membuatkan seseorang menjadi kaya dan berjaya.

Namun, orang miskin juga rajin bekerja. Seawal subuh, orang miskin sudah pergi bekerja. Malah, mereka bekerja sehingga lebih masa sehingga lewat malam. Tetapi, masih tidak kaya.

Pengkaji ekonomi membuat kajian dan mereka mendapati, faktor utama seseorang menjadi kaya dan berjaya ialah ‘nasib’. Atau mengikut kefahaman kita di Malaysia, ialah faktor ‘rezeki’.

Hasil kajian sangat mengejutkan, bahawa kekayaan dan kejayaan seseorang dicapai bukanlah berdasarkan kelebihan kendiri. Bukannya sebab pandai atau sebab rajin berusaha.

Faktor utama seseorang menjadi kaya dan berjaya ialah situasi tempat lahir, ekonomi negara, ekonomi keluarga, jaringan sosial keluarga.

Sebab itulah, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang kaya atau elite, biasanya akan lebih berjaya dan kaya berbanding anak-anak orang biasa.

Mungkin segelintir penceramah motivasi tidak bersetuju dengan hasil kajian yang mengejutkan tersebut. Bahawa kakayaan dan kejayaan adalah soal ‘rezeki’.

Bagi saya, kajian tersebut telah membuka mata bahawa kekayaan dan kejayaan adalah rezeki kurniaan tuhan. Hanya tuhan yang mampu mengawal kejayaan dan kekayaan seseorang.

Sedangkan manusia tidak mampu mengawal rezeki masing-masing. Sungguhpun seseorang itu mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan rajin berusaha, kejayaan tidak akan dicapai tanpa rezeki tuhan.

Kajian tersebut juga membuktikan bahawa kuasa manusia sangat terhad. Kita hanya mampu menuntut ilmu dan berusaha, selebihnya hanya perlu berdoa dan bergantung pada rezeki kurniaan tuhan.

Jangan pula kita mengatakan tiada ‘rezeki’ atau tiada ‘nasib’ sebelum berusaha. Sebagai manusia, menuntut ilmu adalah wajib dan di susuli dengan usaha sebelum bertawakal pada tuhan.

Kesimpulannya, sebagai manusia, hendaklah kita sentiasa berdoa, menuntut ilmu dan berusaha. Supaya kehidupan kita dipenuhi keberkatan. Semoga keberkatan membuka pintu rezeki dengan luas. Inshallah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet RM100?

FREE Ebook>Hubungi Saya!

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 September 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments