Selat Hormuz merupakan selat yang penting bagi laluan perdagangan minyak mentah dunia. Selat tersebut mengendalikan kira-kira satu per lima penghantaran minyak global.
Pada 2 Mac lalu, penasihat kanan Komander IRGC, Ebrahim Jabari mengisytiharkan Selat Hormuz ditutup. Dengan amaran, jika mana-mana kapal cuba melaluinya akan dibakar.
Pengumuman tersebut telah melonjakkan harga minyak dunia melebihi AS$100 setong. Berbanding sekitar AS$65 setong sebelum perang bermula.
Selat Hormuz Ditutup
Penganalisis geopolitik menyifatkan tindakan tersebut sebagai bentuk “peperangan ekonomi” yang bertujuan mempercepatkan proses de-dolarisasi.
Dalam masa yang sama, Iran mewajibkan penggunaan Yuan dalam perdagangan. Iran cuba untuk:
Memintas Sekatan Barat: Selama ini Iran disekat oleh sistem kewangan Amerika Syarikat (AS). Langkah ini mampu membebaskan Iran daripada sekatan ekonomi barat.
Mengheret China Ke Dalam Konflik: Menjadikan Beijing sebagai “penjamin keselamatan” secara tidak langsung. Jika perdagangan China terjejas, pengaruh gergasi Asia itu boleh menjadi pengimbang kepada kekuatan tentera Amerika Syarikat.
Dilema Pembeli Antarabangsa: Memaksa pengimport tenaga global sama ada memilih peraturan kewangan AS atau berisiko kehilangan bekalan tenaga.
BACA LAGI: China & Russia Guna Matawang Emas Tewaskan Dolar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegangan di rantau Asia Barat bakal menyebabkan peningkatan harga makanan dan barangan. Selain meningkatkan harga minyak dunia.
Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu bijak menguruskan kewangan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang berkemungkinan dijangka berlaku.
Menurut Goldsilver.com, di kala konflik Iran, harga emas seolah-olah “senyap“. Kebiasaannya, di kala krisis geopolitik berlaku, harga emas pasti melambung naik. Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya.
Walaubagaimanapun, Iran telah meletakkan syarat untuk menggunakan Yuan dalam perdagangan menggantikan dolar AS. Langkah ini bertujuan melemahkan pengaruh dolar AS.
Sebagaimana yang kita tahu, nilai dolar AS sentiasa berkadar songsang dengan harga emas. Bermaksud, apabila dolar naik, harga emas turun. Dan apabila dolar lemah, harga emas naik.
BACA LAGI: Muslim Disaran Kembali Pada Emas, Nasihat Presiden Putin
Tiada gunanya kita berjimat cermat memperbanyakan simpanan wang yang akhirnya susut nilai. Krisis geopolitik bakal melemahkan nilai matawang kertas. Emas sebagai aset safe-haven.
Pakar-pakar kewangan sarankan supaya menyimpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Simpanan mestilah dalam bentuk emas fizikal, dan bukan dalam bentuk duit kertas yang susut nilai.
Ulama eskatologi, Sheik Imran Hossein dan termasuk Ustaz Auni, saran supaya menyimpan emas sebagai simpanan harta. Bagi menggantikan wang kertas.
Mereka berpendapat, bahawa suatu hari nanti, sistem kewangan dunia bakal ditukarkan kepada matawang baru yang berkonsepkan emas dan perak (dinar dirham). Inshaallah.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>>DAFTAR DI SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 Mac 2026

