Harga silver atau logam perak meletus baru-baru ini mencapai rekod tertinggi baru. Malah mengejutkan, apabila kenaikannya lebih tinggi berbanding kenaikan harga emas.
Buat julung kalinya, silver mencatat kenaikan harga melepasi $100 seaun. Di mana sebelum ini, silver belum pernah mencapai harga 3 angka seaun.
Kini di Malaysia, silver berharga sekitar RM 1,723 bagi 100 gram. Dibandingkan pada Mac 2024 yang lalu, silver hanya berharga sekitar RM 417 bagi 100 gram. Merujuk pada harga Public Gold.
Daripada RM417 meningkat kepada RM1,723, iaitu kenaikan melebihi 4 kali ganda. Hanya dalam tempoh masa 2 tahun saja. Ini merupakan fenomena luar biasa!
BACA LAGI: SILVER | Potensi Mengatasi Emas
Jika dibuat perbandingan, peratusan kenaikan harga emas sekitar 74%. Manakala, silver mencatatkan kenaikan sekitar 173% bagi tahun 2025. Dalam diam, silver meledak!
Segelintir masyarakat di sosial media mengatakan, bahawa silver telah mencapai harga siling. Katanya, silver tidak akan mengalami kenaikan harga lagi. Harga berhenti di paras $100 seaun saja.
Menurut pakar pelaburan logam, Goldsilver.com, silver tidak akan berhenti naik harga. Sebab pelaburan logam mulia bertentangan dengan konsep pelaburan saham.
Silver naik harga sebab faktor permintaan dan kepercayaan. Silver akan menjadi semakin bernilai apabila keyakinan pelabur terhadap matawang dan institusi perbankan merosot.
Seberapa Jauh Potensi Harga Silver?
Menurut Goldsilver.com, silver berpotensi melepasi paras $492 seaun pada hujung tahun 2026. Pada Jan 2026, harganya hanya sekitar $100 seaun. Jangkaan kenaikan 4 kali ganda.
Alasannya, berdasarkan sejarah bull market tahun 1979, pulangan keuntungan silver sebanyak 409%. Walaupun ia telah berlaku dalam sejarah. Dipercayai sejarah tersebut akan berulang kembali.
Pendapat pakar emas, Tuan Syukor Hashim, kenaikan silver bukan saja trend, malah ia satu amaran. Perak (silver) bukan lagi sekadar pelaburan.
Ia sedang menjadi simpanan strategik, aset geopolitik, sumber keselamatan negara, dan pelindung nilai terhadap kelemahan dolar.
BACA LAGI: 5 Sebab Emas & Silver Bakal Pecah Rekod Baru
Sementara itu, rakyat Amerika biasa hampir tidak memiliki apa-apa. Kurang daripada 1% kekayaan AS diperuntukkan kepada logam berharga.
Ketika orang ramai mengejar saham, kripto, dan sensasi berita. Kerajaan-kerajaan sedang menimbun perak (silver) secara senyap di belakang tabir.
Situasi tersebut sepatutnya memberitahu anda segalanya. Perak bukan lagi sekadar komoditi. Bahkan, ia menjadi senjata geopolitik.
BACA LAGI: Perak, Akaun Silver (SAP) Cara Daftar
“Adakah silver merupakan pelaburan terbaik?” Ini bukan soalan yang tepat. Soalan yang harus ditanya ialah, “Mengapa China, India, dan Rusia sedang bersiap sedia untuk masa depan yang orang Amerika langsung tidak ambil peduli?”
Jika anda bertanya, adakah terlambat untuk melabur silver sekarang? Jawapannya, tidak. Berdasarkan corak sejarah, keuntungan terbesar perak datang selepas ia meningkat dengan ketara.
Sekarang hanyalah permulaan. Masih banyak ruang dan peluang untuk melabur perak sebelum ia mencapai kenaikan sebanyak 409%.
Perlu bimbingan Melabur Silver Bajet Rendah?
FREE>Klik official web
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Januari 2026

