Greenland Terancam, Saham Jatuh, Emas Melonjak

Greenland telah diancam dengan tarif yang dikenakan oleh Presiden Trump dalam usahanya untuk mendapatkan kawasan tersebut.

Ketegangan tersebut telah menimbulkan reaksi antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Kesannya, pasaran saham merosot, manakala logam emas melonjak ke paras tertinggi baharu. Indeks utama kekal dalam zon merah sepanjang hari. Dan indeks S&P 500 telah ditutup turun lebih 2 peratus.

Di Asia pula, kemerosotan hutang kerajaan Jepun telah mendorong pelabur beralih kepada aset selamat.

Emas yang dianggap pelaburan selamat, telah mencatat rekod baru tertinggi, yang melepasi USD 4,750 seauns. Perak (silver) turut mencapai paras puncak melepasi USD 95.50 seauns.

Saham syarikat teknologi besar termasuk Apple, Amazon, dan Nvidia merosot lebih 3 peratus. Manakala syarikat gergasi perindustrian, 3M menjunam 7.0 peratus akibat kebimbangan terhadap prospeknya.

Krisis Greenland Lonjak Harga Emas

Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederick Nielsen, memberitahu orang ramai supaya bersedia menghadapi kemungkinan pencerobohan tentera. Walaupun beliau menyatakan senario itu kemungkinan tidak berlaku.

Amerika turut mengancam untuk mengenakan tarif ke atas 8 negara-negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, dan Britain. Yang menentang rancangan Trump untuk mengambil alih Greenland.

Langkah tersebut telah meningkatkan kebimbangan mengenai perang perdagangan yang bakal merugikan.

Kesan daripada ketegangan tersebut telah menggugat pasaran kewangan, menjatuhkan nilai dolar. Sekaligus meningkatkan permintaan aset selamat – emas dan perak.

Situasi ini telah mendorong para pelabur untuk menjauhkan diri daripada daripada aset kertas seperti matawang dan bon kerajaan. Fenomena yang dikenali sebagai perdagangan susut nilai (debasement trade).

Di Malaysia, harga emas telah mencecah paras tertinggi RM694 segram (harga Public Gold). Hampir-hampir mencecah RM700 segram, walhal baru berada di dalam bulan Januari 2026.

Kenaikan yang dianggap terlalu awal bagi tahun ini. Sebabnya para pakar menjangka harga emas bakal meningkat ke paras RM700 segram pada akhir tahun. Realiti yang berlaku, harga naik terlalu awal.

Ini merupakan berita baik bagi pelabur emas. Kenaikan harga emas pecah rekod tertinggi berlaku lebih awal daripada yang dijangka.

Selagi ketegangan geopolitik dunia berterusan, aset kertas pasti akan merosot. Manakala, aset selamat, emas dan perak sentiasa mendapat permintaan tinggi sebagai perlindungan.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE Daftar>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Januari 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments