Ibadah Haji, Bagaimana Untuk Layak Pergi?

Ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke-5. Namun, ibadah ini hanya wajib bagi golongan yang berkemampuan (istito’ah) saja. Ia tidak wajib ke atas golongan yang tidak mampu.

Orang yang berkemampuan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti yang telah digariskan oleh pihak Tabung Haji. Sekaligus, selari dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Apakah Maksud Berkemampuan?

Orang yang berkemampuan ialah mampu dari sudut kewangan, kesihatan, keamanan, dan telah mendapat kebenaran/quota.

Syarat Kewangan

Mempunyai wang simpanan dalam akaun Tabung Haji sekurang-kurangnya sebanyak RM15,000. Kemudian, barulah surat tawaran haji akan dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji kepada bakal jemaah.

Syarat Kesihatan

1- Bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius, atau penyakit kronik tidak terkawal.

2- Berupaya menjalankan ibadah haji dengan sendiri.

3- Jemaah dianggap TIDAK LAYAK mengerjakan ibadat haji sekiranya mempunyai keadaan atau penyakit seperti berikut:

  • a) Kegagalan buah pinggang kronik.
  • b) Kegagalan jantung atau penyakit jantung serius.
  • c) Penyakit paru-paru kronik.
  • d) Penyakit hati kronik.
  • e) Masalah neurologi/mental yang menjejaskan fungsi kognitif/motor.
  • f) Warga emas dengan dementia/fizikal lemah.
  • g) Kehamilan berisiko tinggi.
  • h) Penyakit berjangkit aktif.
  • i) Penyakit kanser yang sedang dalam rawatan.

Cara Untuk Layak Mengerjakan Ibadah Haji

Sekarang, anda sudah tahu dan faham syarat-syarat kelayakan seperti yang tertera di atas. Jadi, kita boleh fokus untuk memenuhi syarat-syarat tersebut. Apa yang kita perlu buat ialah seperti berikut:

1- Daftar Haji

Buka akaun simpanan Tabung Haji dan membuat daftar haji. Anda boleh ikut langkah-langkahnya di seperti yang dipaparkan di website TH. Klik official website Tabung Haji.

2- Buat Simpanan Wang

Sementara menunggu giliran haji, buat simpanan wang ke dalam akaun TH secara beransur-ansur setiap bulan sehingga berjumlah RM15,000.

Untuk mengumpul dana haji dengan cepat, anda boleh pilih alternatif seperti menabung emas secara konsisten setiap bulan.

3- Jaga Kesihatan & Kecergasan

Sementara menunggu giliran haji, kita mesti jaga kesihatan dan kecergasan badan. Menjaga kesihatan bermaksud menjaga rutin pemakanan sihat.

Andainya salah memilih rutin pemakanan, maka berpotensi mendapat penyakit yang disenaraikan pada syarat kesihatan No.3 seperti di atas. Akibatnya, tidak layak untuk mengerjakan haji.

Kecergasan bermaksud membina stamina dan kekuatan otot kaki. Mengerjakan haji memerlukan ketahanan fizikal yang kuat dan banyak berjalan kaki.

Contohnya, jemaah perlu berjalan kaki dari perkhemahan di Mina Muaissim ke jamrah (tempat melontar) berjarak sejauh 3.5 KM sehala.

Begitu juga dengan Saie, jemaah perlu berjalan kaki dari Bukit Safa ke Marwah dengan jarak sekitar 450 meter. Dan perlu berjalan kaki ulang-alik sebanyak 7 kali. Menjadikan jumlah jarak 3.15KM.

Kesihatan dan kecergasan sangat penting supaya kita boleh mengerjakan ibadah haji tanpa perlu menyusahkan orang atau pihak lain.

Tidak perlu bersedih bagi golongan yang tidak berkemampuan. Kerana ibadat haji hanya wajib ke atas golongan yang berkemampuan saja.

Walaubagaimanapun, kita seharusnya berusaha supaya menjadi orang yang berkemampuan mengerjakan haji. Sesungguhnya, rezeki Allah SWT sangat luas.

Semoga kita terpilih menjadi tetamu Allah SWT (Dhuyufurrahman) dan dipermudahkan urusan serta mendapat haji yang mabrur. Amin~

Perlu Bimbingan Menabung Emas Untuk Haji/Umrah?

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 November 2025    

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments