Yen (matawang jepun) dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan menyusut telah menyebabkan harga emas mencapai paras tertinggi baharu.
Pada 6 Oktober 2025, harga emas telah mencatat rekod tertinggi dunia pada awal dagangan Asia. Apabila harganya melonjak ke paras sekitar $3,926.63 bagi se-ouns emas.
Menurut pakar emas, Tuan Syukor Hashim, beliau telah membuat analisis berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan harga emas mencapai paras tertinggi baru-baru ini.
1- Faktor Yen menyusut
Katanya, salah satu pemangkin utama lonjakan harga emas kali ini datang dari negara Jepun. Nilai Yen telah menjunam sekitar 1.4% ke paras 149.58/USD.
Hal tersebut berlaku selepas Sanae Takaichi di pilih sebagai pemimpin baru Parti Liberal Demokratik (LDP). Beliau terkenal sebagai tokoh konservatif yang tidak gemar polisi mengetatkan kadar faedah.
Ia sekaligus memberi isyarat bahawa Bank of Japan mungkin kekal dengan dasar monetari longgar. Akibatnya, pelabur Jepun mula meninggalkan Yen dan mencari tempat perlindungan baru – emas!
Secara psikologi, apabila mata wang utama dunia melemah, pelabur global akan beralih kepada emas sebagai safe-haven.
2- Ketidakstabilan Politik AS
Dalam masa yang sama, penutupan kerajaan AS (government shutdown) akibat kegagalan meluluskan rang undang-undang perbelanjaan, telah menyebabkan harga emas naik.
Situasi ini menunjukkan ketidak-tentuan politik dan ekonomi – sesuatu yang sering mendorong pelabur beralih kepada emas sebagai perlindungan nilai.
BACA LAGI: Dolar Runtuh, Cara Selamatkan Duit Anda.
Lebih mengeruhkan keadaan, tindakan Presiden Donald Trump menghantar Pengawal Nasional California ke Portland, Oregon, telah mencetuskan ketegangan di antara negeri dan kerajaan persekutuan.
Apabila ketidak-tentuan politik meningkat, maka pasaran saham mula goyah. Manakala, aset emas bersinar semula.
3- Jangkaan Potongan Kadar Faedah AS
Faktor ini telah menyokong lonjakan emas apabila jangkaan kuat bahawa Rizab Persekutuan (Federal Reserve) akan memotong kadar faedah lagi pada bulan Oktober.
Data CME FedWatch menunjukkan 99% kemungkinan pemotongan 25 mata asas bakal berlaku. Kadar faedah yang lebih rendah menjadikan simpanan tunai dan bon kurang menarik.
Manakala emas yang tidak memberi faedah tetapi penyimpan nilai sebenar, menjadikan ia lebih menarik dan berharga.
BACA LAGI: Emas Catat 38% Kenaikan Tahun Ini
Ketika dunia berhadapan dengan ketidak-tentuan geopolitik, dasar longgar bank pusat, dan krisis fiskal Amerika, merupakan faktor yang mendorong emas memecut naik.
“Gold is honest money because it tells the truth about the value of paper money”
-Mike Maloney
Simpan emas untuk jangka masa panjang. Sebagai pelindung nilai dan menambah nilai kekayaan kita semua.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE Klik>Authorised Dealer
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 Oktober 2025