Emas Merosot Teruk. Adakah Anda Perlu Bimbang?

Emas merosot teruk dalam sejarah 46 tahun. Harga emas turun melebihi 17% sejak 3 minggu lepas. Rekod terburuk dalam sejarah.

Mungkin sesetengah orang sedang panik. Penurunan melebihi 17% dalam tempoh 3 minggu merupakan fenomena luar biasa.

Sepatutnya konflik Selat Hormuz meningkatkan harga emas seperti yang dijangka. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harga emas malah turun mendadak.

Dibandingkan dengan rekod harga emas dalam sejarah pada Mac 1980. Harganya pernah turun melebihi 12.12% dalam masa seminggu saja.

Di kala krisis geopolitik negara timur tengah telah meningkatkan harga minyak mentah dunia. Termasuk harga barangan dan perkhidmatan. Sepatutnya, ia juga meningkatkan harga emas.

Namun, realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Harga emas malah turun di kala harga minyak mentah naik mendadak. Seolah-olah harga minyak mentah tidak lagi selari dengan harga emas.

Menurut pakar, punca harga emas turun dikala krisis selat hormuz adalah “Forced deleveraging”

Di kala harga minyak mentah melonjak tinggi, mereka mewujudkan tekanan margin ke atas komoditi. Lalu, memaksa mereka menjual simpanan emas untuk mendapatkan duit tunai.

Ini adalah isyarat bahawa sistem kewangan berada di dalam tekanan yang teruk. Semuanya aset dijual demi menyelamatkan sistem kewangan termasuk, emas, ekuiti, dan kripto.

Adakah Kita Perlu Bimbang?

Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan sebagai penyimpan emas. Penurunan harga emas biasanya adalah bersifat sementara. Ia tidak akan kekal lama.

Emas mempunyai nilai intrinsik. Bermaksud nilainya terletak pada ketulenan dan beratnya. Nilai emas tidak bergantung pada jaminan kerajaan.

Sejak berdekad lalu, emas dikatakan aset safe-haven. Ia merupakan aset pelindung nilai terbaik bagi setiap krisis dan perang merentasi zaman.

Belum pernah dalam sejarah, harga emas jatuh menjadi sifar. Tidak pernah berlaku. Emas pernah merosot, namun hanyalah untuk sementara waktu. Kemudian, harganya mendaki semula.

Ketika inilah masa terbaik untuk menambah simpanan emas. Membeli emas ketika turun harga. Peluang sebegini bukannya selalu berlaku. Ianya hanyalah seketika.

Sementara harga emas sedang turun, belilah emas dengan kuantiti yang banyak selagi mampu. Inilah peluang terbaik untuk menambah simpanan emas.

Kemudian, tunggu harga emas naik mendadak setelah itu. Anda akan tersenyum melihat nilai kekayaan harta anda meningkat di masa depan dengan menyimpan emas. Inshallah.

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments