Penting Simpan Emas Di Luar Bank. Ini Sebabnya.

Penting untuk simpan emas di luar sistem bank jika anda membaca sejarah tentang pelaburan emas dan sistem perbankan.

Kebanyakan krisis kewangan yang berlaku di dunia ini memberi kesan kepada sistem perbankan. Contohnya, krisis kewangan Asia 1997 yang melanda Asia.

Dari sudut geopolitik, kuasa-kuasa besar sering menggunakan taktik sekatan ekonomi bagi membekukan atau melumpuhkan ekonomi sesebuah negara melalui bank.

Menurut pakar, emas merupakan aset safe-haven. Namun, jika emas disimpan dalam sistem perbankan, maka ia berisiko runtuh bersama bank ketika krisis.

Bank Lebih Selamat?

Bank sentiasa dianggap lebih selamat atas sebab reputasi dan perlindungan PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Malangnya, PIDM hanya melindungi produk kewangan. Ia tidak melindungi produk akaun emas fizikal.

Bermaksud akaun emas anda tidak akan dilindungi jika bank di isytihar bankrap. Sudah tentu anda tidak akan mendapat akses ke akaun emas bank dalam keadaan tersebut.

Kerajaan boleh mengambil emas anda di dalam bank. Ia pernah berlaku dalam sejarah. Apabila kerajaan terdesak ketika krisis, mereka mengambil keputusan untuk mengambil emas milik rakyat.

Mungkin situasi ini sangat tidak masuk akal di Malaysia. Namun, ia betul-betul pernah berlaku pada Amerika Syarikat, pada tahun 1933 di bawah pimpinan Roosevelt. Begitu juga di Australia, Banking Act 1959.

Penting Simpan Emas Di Luar Bank

Sebab utama kita mesti simpan emas di luar bank ialah kita mendapat pemilikan dan kawalan penuh ke atas emas kita. Bermaksud, kita telah mengurangkan risiko counterparty.

Jika simpanan emas kita berada dalam akaun bank, maka kita tidak memiliki sepenuhnya emas tersebut selagi kita tidak keluarkan dari akaun. Kerana akaun emas masih tertakluk pada polisi bank.

Kedua, perlindungan daripada krisis kewangan. Jika berlaku krisis kewangan, segala aset dalam bank berisiko untuk dibekukan. Termasuklah akaun emas.

Krisis kewangan bukan saja boleh berlaku akibat korupsi dalam negara. Malah, juga serangan dari luar seperti sekatan ekonomi oleh negara besar Amerika Syarikat.

Ketiga, akaun emas di luar sistem bank tidak tersenarai dalam rekod CCRIS (Central Credit Reference Information System) bank negara.

Kelebihannya ialah pihak bank dan kerajaan tidak akan tahu bahawa kita mempunyai simpanan emas. Sebab kita menyimpan emas di luar sistem bank. Privasi lebih tinggi.

Keempat, emas mudah diwariskan jika berlaku kematian kepada pemilik asal. Kita tidak perlu melalui proses dan kertas kerja pihak bank yang rumit dan melecehkan.

Menyimpan emas adalah langkah yang sangat baik demi masa depan kewangan. Namun, adalah sangat penting jika simpanan emas berada di tangan kita berbanding di tangan bank dan kerajaan.

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments