Emas murah banyak dipromosikan di kedai-kedai emas secara online dan offline. Namun, adakah ia betul-betul murah? Atau sekadar ayat-ayat menarik pelanggan.
Di kala harga emas dunia yang sedang naik, bagaimana ia boleh dijual murah? Adakah ia emas palsu atau fools gold? Adakah ia sekadar dinamakan akaun emas, tetapi emas tidak wujud?
Dalam artikel ini, berbekalkan 9 tahun pengalaman, saya menceritakan cara untuk mendapatkan emas yang murah. Dan mengenal pasti sama ada emas tersebut betul-betul murah lagi tulen dan bukannya scam.
1. Seberapa Murah Emas Murah
Kebanyakan orang suka sebut harga emas tengah murah sekarang. Persoalannya, seberapa murah adalah murah.
Semua orang tahu, bahawa harga emas semakin hari semakin mahal. Jadi, bagaimana tiba-tiba boleh jadi murah.
Kita perlu tahu cara periksa harga emas semasa. Dua website yang paling terpercaya untuk mengetahui harga emas semasa, goldprice.org dan publicgold.com.my
Setiap kali kita hendak membeli emas, pastikan kita rujuk 2 website tersebut terlebih dahulu. Untuk kenalpasti seberapa murah yang dikatakan murah.
Jika harga pasaran emas gred 999 hari ini bersamaan RM585 segram, pastikan emas yang kita beli tidak lari jauh daripada harga tersebut.
Andai kata sebuah kedai jual emas gred 999pada harga RM600 segram, bermaksud kedai tersebut menjual lebih maha daripada harga pasaran.
Andai kata sebuah kedai jual emas gred 999 pada harga RM400 segram, iaitu di bawah harga pasaran, kita perlu rasa ragu-ragu. Adakah ia betul-betul emas gred 999, atau emas palsu? Perlu disiasat!
Terdapat syarikat menawarkan akaun emas serendah RM1 saja. Emas boleh dibeli dengan gandaan RM1. Jika harga emas pasaran ialah RM585 segram, bagaimana RM1 boleh beli emas? Ia tidak masuk akal!
Contohnya, jika saya menyimpan RM10 sebulan dalam masa setahun. Maka, jumlahnya dalam akaun emas ialah RM120, masih tidak mampu beli 1 gram emas dalam tempoh setahun. (harga emas terkini sekitar RM585 segram).
Melalui Akaun Emas GAP syarikat Public Gold, emas boleh dibeli serendah RM100. Dengan RM100 masih masuk akal untuk membeli emas seberat 0.1709 gram disimpan dalam akaun emas. Masih logik.
Contohnya, kita menyimpan RM100 sebulan dalam masa setahun, dan jumlahnyaRM1,200. Bermaksud, dalam akaun emas kita sudah mempunyai 2.0512 gram. Logik!
2. Pastikan Emas Fizikal Bukan Digital
Apabila kita sudah tahu harga emas semasa, seterusnya kita perlu tahu adakah ia emas tulen atau palsu. Dan pastikan ia emas fizikal yang boleh dipegang di tangan.
Jika anda membuka akaun emas, pastikan emas fizikal boleh dikeluarkan dari akaun tersebut. Jika emas fizikal tidak boleh dikeluarkan daripada akaun tersebut, maka kita perlu rasa ragu-ragu. Takut scam!
Apabila emas fizikal boleh dikeluarkan daripada akaun, barulah kita boleh uji ketulenan menggunakan alat densimeter untuk mengukur ketulenan emas. Tapi, saya tidak ada alat densimeter, macam mana?
Sebab itu kita mesti pilih jenama emas daripada syarikat yang mempunyai reputasi tinggi. Jadi, kita tidak perlu buat kerja menguji ketulenan yang melecehkan.
Antara jenama emas yang bereputasi tinggi di Malaysia seperti Kijang emas (Maybank), dan BungaMas, Tai Fook, Dinar (Public Gold).
3. Pastikan Emas Boleh Dijual Semula
Kelebihan emas bereputasi tinggi, ia mudah dibeli dan mudah dijual semula serta mesra Ar-Rahnu. Rugilah beli emas, kalau tidak boleh dijual semula.
Jenama emas yang tidak bereputasi tinggi dikhuatiri sukar untuk dijual semula dan tidak diterima Ar-rahnu (pajak gadai).
4. Pastikan Kadar Spread Nipis
Apabila emas tersebut boleh dijual semula, pastikan pula kadar spreadnya di bawah 10%. Kadar spread ialah perbezaan harga kita beli dan harga jual semula kepada kedai atau syarikat tersebut.
Contohnya, kita beli goldbar Public Gold 10gm dengan harga RM5,807. Jika kita jual semula goldbar tersebut, Public Gold akan membeli semula pada harga RM5,285. Maka, kadar spreadnya bersamaan 8.9%
Jika kadar spread tinggi daripada 10%, berkemungkinan kita mendapat kerugian menyimpan emas.
Andainya kadar spread emas ialah 30%. Jika kenaikan harga emas setahun sebanyak 22%, maka kita masih rugi 8%. Padahal kita sudah menyimpan emas selama setahun, tapi masih belum untung.
Bagi emas yang berkadar spread 8.9%, kita sudah mendapat keuntungan sebanyak 21.1% dalam masa setahun saja. Untung lebih cepat!
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?
FREE>Klik Info Emas
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
5 November 2025

