Emas Susut 7%, Perjanjian Dagang AS-China

Emas susut sekitar 7% apabila ketegangan perdagangan reda selepas perjanjian dagang di antara AS-China dimeterai.

Presiden AS, Donald Trump telah menandatangani perjanjian perdagangan yang baru dengan Presiden Xi, China. Perjanjian tersebut bersifat “fair deal” telah meredakan ketegangan perdagangan global.

Trump sebelum itu juga telah menghadiri sidang ke ASEAN Summit ke-47. Yang berlangsung di KLCC, Malaysia pada 28 Oktober 2025.

Harga emas dunia telah turun di bawah paras $4,000 hasil sentimen positif. Setelah Trump mengumumkan bahawa beliau akan membuat perjanjian perdagangan dengan China.

Sebelum ini, AS-China berada dalam fasa perang dagang yang menyebabkan harga emas melambung naik. Ketegangan tersebut telah meningkatkan permintaan aset safe-haven.

Apabila ketegangan dagang telah reda, harga emas menampakkan penurunan sekitar 7% pada selasa, 28 Oktober 2025. Setelah perjanjian dagang baru di antara AS-China dimeterai.

Harga Terkini Emas Susut

Berikut merupakan trend harga emas dalam tempoh seminggu, sebulan, setahun:

  • Seminggu lalu = -7.7%
  • Sebulan lalu = +5.9%
  • Setahun lalu = +46.2%

Harga emas turun naik setiap hari. Namun, dalam jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik.

Menurut data Goldprice.org, harga emas telah naik sebanyak 113.36% dalam tempoh 5 tahun. Dan meningkat sebanyak 825.87% dalam tempoh 20 tahun.

Walaupun harga emas susut, namun ia masih emas kegemaran ramai. Nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya. Emas mempunyai nilai intrinsik yang tidak bergantung pada spekulasi.

Berbeza dengan nilai aset kewangan seperti matawang, saham, bon, dan sebagainya. Aset kewangan tidak mempunyai nilai intrinsik. Aset kewangan dicetak berasaskan hutang.

Oleh sebab itu, bank pusat di serata dunia sedang giat mengumpulkan emas bagi menggantikan rizab dolar. Nilai emas lebih kukuh berbanding matawang.

Sungguhpun harga emas turun, ia hanya bersifat sementara. Apabila situasi reda, harga emas kembali meningkat seperti biasa.

Harga emas turun, jarang-jarang sekali berlaku. Sungguhpun ia turun, ia turun tidak banyak. Dan ia hanya bersifat sementara. Belum pernah dalam sejarah, harga emas turun sehingga nilainya menjadi kosong.

Bagi penyimpan dan pelabur emas, ketika harga emas turun merupakan masa terbaik membeli emas dengan banyak pada harga rendah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100

FREE>Klik Official Web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 Oktober 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments