China Borong Emas Walau Harga Tinggi. Potensi Naik $5,000.

China borong emas sebagai rizab asing bank negara republik itu sebagai aset safe-haven setelah mendapati berlaku ketidakstabilan ekonomi peringkat global.

Menurut data rasmi, Bank Rakyat China (PBOC) baru-baru ini telah menambah pembelian emas sebanyak 0.06 juta ouns troy bulan lalu.

Menjadikan jumlah rizab emas institusi tersebut sebanyak 74.02 juta ouns troy. Walaupun pembelian ini dikatakan kecil, ia menunjukkan komitmen China bagi mempelbagaikan rizabnya.

Walaupun harga emas dunia telah mencapai rekod tertinggi yang baharu, China borong emas secara konsisten.

China dilaporkan telah mengukuhkan pembelian emas selama 10 bulan berturut-turut bermula sejak November 2024.

Ketua penyelidikan di Bullion Vault, Adrian Ash telah menjelaskan minat China terhadap aset emas. Beliau berkata:

”Pengumpulan berterusan Beijing adalah isyarat jelas keyakinannya terhadap emas sebagai rizab jangka panjang. Itu juga menyokong keyakinan emas di kalangan isi rumah dan pelabur persendirian di China.”

Harga emas telah mencatatkan rekod kenaikan terbaru baru-baru ini oleh beberapa faktor ekonomi.

Di antaranya ialah ketidakpastian ekonomi akibat serangan Pentadbiran Trump terhadap kebebasan Federal Reserve AS. Termasuk jangkaan kesan negatif tarif ke atas ekonomi AS.

Goldman Sach melaporkan baru-baru ini, menilai bahawa harga emas berpotensi naik kepada $5,000 bagi seouns. Disebabkan tindakan Trump melemahkan kebebasan Federal Reserve AS.

Menurut mentor wang Azizi Ali, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan harga emas masih dalam trend menaik setakat tahun 2025:

  1. Ketidaktentuan geopolitik di Ukraine, Timur Tengah, Taiwan dan lain-lain.
  2. Hutang kerajaan AS mencecah rekod tertinggi yang merosakkan nilai dolar.
  3. Inflasi global belum reda sepenuhnya.
  4. Negara Asia terutamanya China dan India membeli emas secara besar-besaran.

Faktor-faktor di atas bakal memberi momentum kuat kepada kenaikan harga emas dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.

Walaupun harga emas sekarang telah mencecah paras tertinggi baharu, namun ia dijangka bakal meningkat lagi secara berterusan untuk beberapa tahun akan datang.

Emas bukan sekadar pelaburan, ia merupakan matawang sejak 1,500 tahun yang lalu. Jika matawang kertas atau aset kewangan tidak lagi diyakini, kembali kepada emas merupakan alternatif terbaik.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Oktober 2025

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments