Masa Itu Emas, Mentaliti Bangsa 7 Angka

Masa itu emas, maka lombonglah ia. Kita selalu mendengar pepatah ini. Tahukah anda, masa itu bukanlah seperti timbunan emas yang sudah dibentuk atau diukir.

Hakikatnya, masa adalah seperti timbunan emas yang berada dalam tanah milik kita. Ibaratnya, kita mempunyai sebidang tanah yang mengandungi emas, maka apakah yang kita akan lakukan?

Jika anda seorang yang sangat lemah, anda tidak akan berbuat apa-apa ke atas tanah tersebut. Cuma duduk di rumah saja.

Jika anda seorang yang sederhana lemah, anda kan bercucuk tanam di atas tanah tersebut. Jika anda seorang yang lemah, anda mungkin jualkan saja tanah itu.

Jika anda seorang yang cerdik, anda akan mendulang dan mencari emas tersebut. Jika anda seorang yang sederhana cerdik, anda mengupah orang lain dan mendulang ramai-ramai.

Jika anda sangat cerdik, anda akan mencari pelabur untuk membina sebuah lombong emas moden. Anda akan mendapat hasil yang berlipat kali ganda tanpa bersusah-payah.

Masa itu umpama kebaikan yang terpendam. Kita tidak akan mendapat manfaatnya jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keindahan dan kebaikan waktu.

Cara Dapatkan Masa Keemasan.

1- Menyedari hakikat keuntungan terpendam hanya boleh didapatkan dengan bersungguh-sungguh.

2- Mengetahui hakikat bahawa waktu boleh memberi keuntungan yang tidak terhingga, apabila kita pandai menggunakannya.

3- Berfikir dan merancang bagaimana cara untuk mendapatkan keuntungan daripada waktu.

4- Melakukan perancangan tersebut dengan bijak dan bersungguh-sungguh.

Jika anda mempunyai mentaliti dan menguruskan waktu dengan betul, nescaya anda bakal mendapatkan ’emas’ daripada masa tersebut.

Orang Bertangguh Selalu Lenguh

Nasihat Ali bin Abu Talib (Khulafa Ar-Rasyidin ke-empat) kepada Malik Asytar yang dilantik sebagai gabenor Mesir. Dalam suratnya yang panjang, ada beberapa nasihat yang berguna.

Salah satu nasihatnya yang penting ialah, “Janganlah engkau berlengah-lengah lagi apabila sudah tiba masa untuk melakukannya.”

Kita tidak digalakkan bertangguh atau melewat-lewatkan tugasan. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian.

Kita mesti tahu bilakah masa terbaik untuk bertindak. Ada perkara yang mesti dibuat seawal mungkin, ada pertengahan, ada yang di akhir.

Bahkan bagi sesetengah perkara itu, tidak melakukan apa-apa adalah tindakan yang paling baik.

Katakan kita mahu mempunyai ramai anak, kita tidak perlu gopoh. Proses mengandung saja mengambil masa 9 bulan. Tidak perlu mengandung setiap 9 bulan kerana ia bakal memenatkan.

Bersabar bukan maksudnya melengah-lengahkan waktu. Ada kalanya kita perlu cepat bertindak. Dalam waktu yang sama, tidak perlu gopoh.

Ada kalanya, kita perlu bersabar menunggu di akhir waktu. Dalam waktu yang sama, hendaklah kita tidak membuang masa membuat perkara sia-sia.

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE Ebook>Klik Official web

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
3 September 2025 

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments