Gaji Naik? Tabiat Kewangan Bangsa 7 Angka

Gaji naik saja, orang biasa suka upgrade gaya hidup bagi menandakan diri sudah berjaya. Namun hakikatnya, ia adalah perangkap kewangan yang besar.

Bila dapat bonus 3 bulan, orang biasa suka belanjakan wang bonus untuk boros. Seperti, tukar sport rim baru, beli handbag baru, percutian mewah dan lain-lain.

Salah ke self-reward? Tidak salah untuk self-reward hasil usaha keras bekerja selama ini.

Malangnya, kita suka self-reward sebelum sampai masanya. Cara self-reward mungkin membebankan masa depan kewangan kita. Apa maksudnya?

Contohnya, apabila gaji naik, ramai suka membeli kereta baru. Dari sudut penampilan, memanglah orang melihat kita seolah-olah kehidupan kita kononnya sudah upgraded.

Hakikatnya dari sudut kewangan, hutang bertambah. Mungkin loan kereta sebelum ini, sudah dilangsaikan. Di sebabkan upgrade kereta baru, sebenarnya kita sedang upgrade hutang baru!

Apabila hutang bertambah, kekayaan kita tidak meningkat, malah menurun. Formula networth ialah nilai aset simpanan ditolak dengan hutang.

Jika hutang lebih banyak daripada aset simpanan, maka mereka tergolong bangkrap. Walaupun mereka kelihatan bergaya dengan kereta baru.

Begitu juga apabila diberikan bonus oleh majikan. Kita suka self-reward sebelum kita betul-betul telah berjaya. Padahal, kita masih berada di tempat yang sama dan belum betul-betul berjaya.

Kita suka beli barangan yang diketahui tidak akan menambah kekayaan. Malah hanya menyempitkan ruangan dalam almari rumah kita.

Bila Gaji Naik Bagi Bangsa 7 Angka

Berbeza tabiat kewangan bangsa 7 angka dengan orang biasa. Mungkin sebelum ini kita tidak terfikir kerana kurang membaca buku kewangan.

1- Tambah Simpanan

Bila gaji naik atau bonus, mereka fokus menambah simpanan. Jika sebelum ini, mereka menyimpan wang 10% daripada gaji, mereka tingkatkan kepada 30% untuk simpanan.

Simpanan wang bertambah bermaksud kekayaan sedang bertambah. Membeli barangan tidak menambah kekayaan. Hanya menambah kesempitan ruang rumah sebab barang banyak.

Jika kita membeli kereta baru, sebenarkan kekayaan kita berpindah kepada bank selama 7 tahun. Sebab kita perlu membayar loan bank kereta setiap bulan sehingga tempoh 7 tahun.

2- Melabur Aset

Orang biasa takut melabur sebab takut rugi. Berbeza bagi bangsa 7 angka, mereka melabur sebab takut terlepas peluang. Pelaburan adalah peluang bagi mereka.

Bangsa 7 angka mula melabur daripada aset kecil emas, perak sehingga mampu melabur aset sebesar hartanah. Mereka sentiasa menambah ilmu pelaburan dan melabur secara konsisten.

3- Langsai Hutang

Setelah membuat simpanan dan pelaburan, hasilnya kekayaan bertambah. Maka, hutang mampu dilangsaikan dengan cepat dan lebih awal. Yang penting, berhenti buat hutang baru.

Berbeza dengan orang biasa, yang suka menambah hutang. Dari hutang kereta, rumah, sehingga Spaylater. Akibatnya, komitmen kewangan setiap bulan meningkat gara-gara berhutang.

Apabila hutang keliling pinggang, mereka lebih menyalahkan kerajaan berbanding menyalahkan kesilapan kewangan diri sendiri. Seolah-olah, enggan bertanggungjawab atas kesilapan diri sendiri.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
27 Ogos 2025  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments